graphic

Showing posts with label DARI HATI ;D. Show all posts
Showing posts with label DARI HATI ;D. Show all posts

Tuesday, 5 August 2014

Selamat Hari Lahir Siti Aisyah Binti Zakaria !



Pagi yang sangat dingin di kampung halaman tercinta. Tanah dimana tumpahnya darah ibu yang melahirkan aku. Disini, aku mula melihat dunia Sang Pencipta.

Usai solat subuh, aku termanggu ditangga rumah. Menikmati indahnya sawah padi yang kian menghijau terbentang seluas mata memandang. Mentari masih enggan melimpahkan sinarnyanya, malu-malu berlindung dibalik perbukitan yang menjauh diperhujung hamparan sawah.  Kelihatan burung-burung mulai terbang berkicauan meninggalkan pohon-pohon kayu tempat perteduhan, mencari rezeki dibumi tuhan. Sengaja aku membiarkan dingin pagi menyentuh tubuh, menggamit kembali liku-liku kehidupan, jatuh bangun, suka dan duka yang telah aku tempuh sepanjang perjalanan kehidupan di dunia pinjaman dariNya.

2 Ogos 2014,

Hari ini Aku, Siti Aisyah Binti Zakaria telah berumur 24 tahun! Sepantas angin, masa terus bergulir laju tanpa dapat aku hentikan. Segalanya kian berubah, bagaikan berubahnya musim.

Terima kasih Allah, kerana meminjamkan aku nafas ini, memberi aku peluang mengenal dunia indah ciptaanMu, menganugerahkan aku ayah yang sentiasa mengasihi, ibu yang setia mencintai, abang, kakak-kakak, adik-adik yang saling menyayangi, dan sahabat-sahabat yang sentiasa disisi, menjaga dan memahami. terima kasih untuk anugerah yang indah. Terima kasih!

Terima kasih ibu, yang membawa aku dalam kandungan selama 9 bulan. Yang membesarkan, mengasuh, menjaga, dan setia menyayangi aku sehingga kini. Dirimu tidak akan ada gantinya ibu. Aku akan tetap menyayangimu selagi mata ini terbuka, selama nafas ini ada, bidadariku!

Buat ayah, dirimu umpama perwira yang hadir saat mula aku menjengah ke dunia. Ayah hero anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Terima kasih ayah, kerana menjadi seorang ayah yang sebenar-benar ayah untukku. Terima kasih kerana mnyayangi, mendidik, mencari rezeki, memahami, menjaga, dan untuk segala-galanya! Segalanya seakan tiada ertinya tanpamu, ayah. My dad is my hero!

Untuk abang, kakak-kakak, dan adik-adik anugerah terindah dari Ilahi, terima kasih kerana sentiasa ada bersama-sama disaat suka dan duka, menyayangi, memahami, dan menjaga. Tanpa kalian aku tidak akan ada dimana aku berada. Terima kasih along, abang, kak kah, achik, abang teh, abang cho, kak yue, dan adik kerana mewarnai hari-hariku dengan cukup indah.

Pada sahabat-sahabat yang sentiasa disisi disaat suka dan duka, disetiap jatuh dan bangunku, terima kasih kerana sudi setia disisi, menyayangi seadanya aku. Tanpa kalian duniaku bagaikan sang pelangi yang kehilangan warnanya.

Begitu menggunung nikmat anugerahMu buat hamba Tuhan.. Maafkan andainya jarang hamba memanjatkan syukur kehadratMu. Hamba yang khilaf, selalu meletakkan syarat untuk mengecapi kebahagiaan, sedangkan bahagia itu sentiasa ada andai saja hamba mensyukuri setiap anugerahMu. Terima kasih Tuhan, untuk segala nikmat bahagia dan dukacita yang hamba kecapi sepanjang hamba hidup di duniaMu. Kerana hamba tahu, Engkaulah pemilik segalanya, Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan dibumi. Hamba redha Tuhan..

sambutlah hati hamba, hamba ingin melabuhkan cinta yang sebenar cinta buatMu..
oleh itu Tuhan, berilah aku hati yang lebih yakin, hati yang jitu, yang mencintaiMu dengan setulusnya.

Ya Wahhab, jadikanlah aku insan yang berilmu, yang merasai makna hikmah. Dengannya dapat aku mendidik diri dan hati.

Ya Latif..lembutkanlah akhlakku, ajari aku bagaimana untuk mengasihi manusia dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Ya Hannan, kurnikanlah aku hati yang hidup, yang dapat merasai keindahan iman, dengannya dapat aku beroleh ketenangan.

Ya Rahman, jadikanlah aku anak yang solehah buat ibu dan bapaku, izinkan aku menjadi bidadari di syurgamu nanti..



 sekian..

ikhlas, alang cantik dan bebby tersayang :')




Saturday, 21 June 2014

R.I.N.D.U..


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

dalam kemelut tugasan dan tuntutan komitmen yang pelbagai perlu dipenuhi, aku berhenti. seakan sesuatu yang teramat bernilai telah tertinggal di belakang. hati dan jiwa terasa kosong yang teramat ngilu.

Allah..dah lama aku tak berbicara dengan ayah. selalu hanya berkirim salam melalui ibu.
setiap kali aku hubungi mereka, ayah selalu tiada dirumah.

telefon bimbitku yg 'cokia' aku capai. Hish..kenapa rindu sangat ni !! air mata menitis laju sambil menaip nombor telefon ayah. sebaik talian dihubungi, aku mula membaiki suara. Nanti, kalau ayah tau aku nangis sebab rindu beliau tak ke malu. huhuhu

"ayah pegi mengaji la, hari ni kan sabtu.."..

jawapan kakak lagi mengecewakan. aku gelisah. makan tak lalu, nak sambung buat assaignment xboleh fokus ! 

ayah..maafkan aku, dah lama tak cakap dengan ayah. ayah kecik hati ke sampai tak nak cakap dengan aku?

walaupun jarang cakap, doaku tidak pernah tiada nama ayah. dan begitu juga dengan ayah yang tidak pernah berhenti mendoakan aku. aku pasti.. cuma komitmen dan bebanan kerja yang luar biasa sejak akhir-akhir ni sedikit membataskan. ya..mungkin kedengaran seperti alasan. maafkan aku ayah..!

angin malam terus bertiup lembut. tingkap sengaja aku buka seluasnya. kelihatan bulan tersenyum indah dipagar bintang pujaan. Agaknya, bagaimana ianya kelihatan kalau dilihat dari rumah? semestinya bertambah indah dengan haruman pohon buah-buahan dan bungaan hasil tangan ayah.. bertambah indah bila disertai dengan senyuman ibu !

Ayah.. Ibu.. Anakmu rindu..

Benarlah, seperti yang dititipkan dalam wasiat cinta Al-Banna, kewajipan yang kita ada lebih banyak dari waktu yang kita punya. tapi andai tidak mampu buat semua, jangan ditinggal semuanya. 

Dengan Izin Allah. aku akan mencuba sehabis mungkin ayah, ibu.. kerana aku tahu, dunia ini tempat berpenat. aku mohon, teruskan doamu insan kesayangan. setelah selesai semuanya kita akan bertemu.

penuh cinta dari anakmu..









Monday, 7 April 2014

UMMAH ?


lihat sahaja sekeliling kita. apa pandangan kita pada ummah ketika ini?


disini, pelajar-pelajar sekolah sahaja sudah terlalu berani bertindak keterlaluan. berpegangan tangan, berpelukan dengan pasangan, pakaian usah cerita. itu baru pelajar sekolah, belum disentuh kelompok yang lain. kadang-kadang tindakan mereka tak tercapai dek akal kita sendiri. malah golongan yang bijak bestari, berpendidikan juga tidak terkecuali mengambil bahagian. itu bukanlah sesuatu yang pelik untuk kita perkatakan disini. kan?


di suatu tempat, ada ummah sedang leka dengan keindahan dunia, ada ummah yang sedang asyik dengan harta dan kuasa.


di suatu tempat pula ada ummah yang sedang berjuang menuntut keadilan. ada ummah yang sedang membesar dengan suburnya kecintaan terhadap Ilahi, ada ummah yang hidup dalam penuh pengharapan, ada ummah yang sedang kelaparan dek zalimnya golongan yang bertuhankan syaitan. ada ummah sedang berpecah belah dek fitnah yang semakin melebar, ada ummah yang sedang lalai dengan kemewahan dunia yang sementara sehingga tidak nampak akhirat yang bakal ditempa.


Entahlah, terlalu banyak isu yang sedang melanda ummah..tapi satu sahaja yang nak aku tekankan disini, bila mana kita menyebut ummah..kita kena ingat kita pun sebahagian dari ummah. bila mana kita kata masalah ummah, kita pun sebahagian dari masalah itu..


senang cerita kita sedang kata Ummah ini BERMASALAH, hakikatnya kita juga berMASALAH kerna kita sebahagian dari UMMAH..


tapi apa tindakan kita pada waktu ini? suatu ketika kita juga akan turut dihisab. apakah sumbangan kita terhadap ummah? dalam golongan manakah kita berada?

mungkin sudah tiba masanya kita sedar. apabila kita melihat masalah yang melanda ummah hari ini, itu adalah sebahagian daripada cerminan diri kita sendiri. mungkin kita juga ada masalah ?

oleh itu, ingin aku tekankan, sudah tiba masanya kita bersatu. bersatu untuk menjadi ummah yang lebih kuat menghadapi hari mendatang yang semakin rancak dengan cabaran.


ingat teman,

tangan kanan itu kuat bukan kerana tangan kanan itu kuat dengan sendiri, tapi kerana tangan kiri tidak diguna dengan baik. begitu juga kebatilan itu kuat bukan kerna dia kuat, tapi kerana kebenaran itu tidak diguna dengan baik. 

benar kata HR. Imam Muslim, “Mukmin itu dengan mukmin yang lain itu bagaikan sebuah bangunan. Sebagian menguatkan bagian yang lain”.

ummah, maafkan aku yang terleka..

Kerana aku..
dunia ku digoncang derita.
Kerana aku..
Ummah hidup terseksa.

Kerana aku..
murka melanda..
Kerana aku..
Musibah menimpa..

kerana aku..
Kebatilan naik berkuasa..
kerana aku..
Kebenaran tiada makna..

Kerana aku..
sang anak hilang keluarga..
Kerana aku..
Sang tua menjadi mangsa..

Kerana aku..
Pejuang dipenjara..
Kerana aku..
Pejuang dihukum tanpa bicara..

Kerana aku..
dunia menjadi neraka..
Kerana aku..
Hidup tidak lagi bermakna..

Ini Kerna Aku..
Yang lupa padaMU..
Yang tinggal hukumMU..
Yang bermain dengan amanahMU..
yang tidak bersungguh dengan dakwahMU..

Ini semua Kerana Aku..


Thursday, 27 March 2014

selamat ulang tahun, AYAH !

28 MARCH 2014

genap 58 tahun umur ayah.


Ayah yang dicintai. Ayah yang dikagumi. Ayah yang dihormati. Ayah yang memberi erti segala-galanya dalam hidup aku.

terima kasih Allah, kerana memberi aku seorang ayah seperti ayah. terima kasih mak, kerana mengahwini seorang lelaki seperti ayah, terima kasih nenek kerana melahirkan anak yang soleh seperti ayah. terima kasih. terima kasih semuanya !

ayah. 

selepas datuk dan nenek berpisah, ayah membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. ayah membesar dengan tuk ngah. kadang-kadang dengan nenek. menginjak usia 8 tahun, ayah mula mencari datuk. Alhamdulillah. ayah disayangi mak tuk seperti darah dagingnya sendiri. kata ayah, dia sangat disayangi mak tuk. kami juga merasa begitu. terima kasih mak tuk. kasih sayang mak tuk sangat beerti buat ayah. buat kami.

di usia 10 tahun, ayah sudah tidak mampu meneruskan persekolahan. kesempitan hidup dan desakan tanggungjawab menjadikan ayah redha. ayah mula mencari rezeki sendiri. mencecah usia 13 tahun ayah sudah berhijrah ke Singapura untuk membanting tulang mencari rezeki. untuk membantu ibu dan adik-adik. ya, begitu berat beban yang ayah pikul. tapi aku bangga, seawal usia 14 tahun, ayah sudah mampu membeli sebidang tanah dan membina sebuah rumah untuk ibu dan adik-adiknya supaya mereka hidup dengan lebih sempurna.

Ayah yang bertanggungjawab. begitu juga terhadap isteri dan kami anak-anaknya. walaupun ayah hanya bersekolah sampai darjah 4, walaupn ayah hanya seorang petani, namun ayahlah guru pertama buat kami! mungkin tidak mahu kami merasai keperitan lalu yang pernah dirasai, ayah membesarkan kami dengan segala kemilikannya. mungkin tidak semewah orang lain, tapi ayah berusaha sehabis daya melengkapkan segalanya buat kami. untuk itu, terima kasih ayah..

Ayah guru mengaji, guru penulisan, guru matematik, guru pendidikan islam, semuanya ayah!
masih segar dalam ingatan, walaupun aku tak dapat masuk sekolah tadika macam jiran-jiran yang seusia aku, aku masih ada ayah. ya..walaupun sedikit tegas, Ayah dengan sabar mengajar aku membaca dan mengira. aku juga mampu belajar seperti mereka. malah lebih baik! kan dah cakap..ayah guru pertama aku yang paling hebat! waktu malam pula ayah mengajar kami mengaji. waktu mengajar mengaji, ayah paling digeruni kami adik-beradik. yelah..garangnya tak sama seperti semasa ayah mengajar kami membaca dan mengira. walaupun pada masa tu segala jenis rotan menjadi teman setia aku, abang dan kakak-kakak, tapi  semua itulah yang mengajar kami menjadi insan yang lebih berguna. terima kasih ayah, kami sayang ayah.

Ayah juga tukang jahit terhebat dalam hidup aku. dulu, semasa aku dan ayah ke rumah pak ngah, sepupu seusiaku menunjukkan teddy bear dia yang besar dan cantik. tak payah cakap lah, hati aku meronta-ronta nak main anak patung macam tu. tapi perasaan tu aku pendam dalam hati, entah..mungkin aku dah tau ayah tak mungkin beli benda macam tu. tapi dua tiga hari selepas tu ayah menghadiahkan aku anak patung yang begitu istimewa! anak patung buatan ayah. teddy bear yang ayah jahit sendiri. mungkin ayah dapat rasai apa yang ada dalam hati aku, tapi waktu tu ayah tak mampu belikan aku mainan sebegitu. walaupun tidak secantik teddy bear sepupu aku, tapi buatan ayah cukup istimewa buat aku. itulah hadiah yang paling istimewa yang pernah aku terima seumur hidup ini. terima kasih ayah. saya sayang ayah!

ayah adalah segala-galanya buat kami. terima kasih Allah, kerana menitipkan kasih sayangMu melalui ayah. semoga Engkau mengasihi ayah sebagaimana ayah mengasihi kami. Allah, panjangkanlah umur ayah, berilah masa yang secukupnya untuk kami membahagiakan ayah. kerana kami juga turut mempunyai impian untuk memberi ayah sebuah kebahagiaan, walau tidak dapat menandingi pemberian ayah YANG TIDAK TERNILAI.

buat ayah, terima kasih kerana menjadi seorang ayah untuk kami. terima kasih kerana memberikan kami sebuah kehidupan yang cukup indah tanpa merasa sedikit kekurangan walaupun kita tidaklah kaya dengan wang dan harta dunia. terima kasih kerana melengkapkan hidup kami dengan bekalan dunia dan akhirat. terima kasih kerana membimbing dan membahagiakan ibu dan kami. kami bangga menyebut ayah sebagai ayah. 

maafkan kami andai sering khilaf dan melukakan hati ayah. SUNGGUH, tiada secebis niat dihati kami untuk melukai hati ayah, insan yang sangat kami sayangi di dunia, dan akhirat.

InsyaAllah, anakmu sedang berusaha menjadi anak solehah seperti yang ayah dambakan. Ayah bersabarlah. suatu masa di puncak kejayaan, akan aku katakan akulahlah Siti Aisyah, anak solehah kebanggaan ayah dan kerinduan ibu. dan aku yakin, itulah hadiah terindah yang paling ayah nantikan.

selamat ulang tahun, Ayah.

Dalam setiap liku perjalanan ku
sentiasa ada kamu

Kau buat aku gagah
untuk terus melangkah

Bicara mu yang tulus
membuat aku sentiasa lurus

Kau dian terang dalam kelam
membuat aku cinta dalam tenteram...

Selamanya!
terima kasih untuk segalanya..





-Alang cantik




Sunday, 23 March 2014

S.A.B.A.R




Bersendiri mengajar kita lebih berani.
Tanpa mengharap mendidik kita lebih ikhlas dan kuat. 
Kita tidak pernah sunyi, 
kerana pada kita sentiasa ada Pemerhati....


La Tahzan :')



Saturday, 1 March 2014

kerana kita adalah sama ~

TUKK..TUKK..TUKK..
Assalamualaikum..

TUK.TUKK..TUKK..


ergghh..solat aku terganggu!
naseb baik dah rakaat terakhir, seusai berdoa, aku angkat juga tubuh dengan malas pegi bukak pintu.

"nasik lemak karipap dik.." dengan senyum manis sorang makcik tercegat kat depan pintu bilik. "ehh? selalunya bukan mkcik ni yang jual..mungkin kakak dia yang ganti kot hari ni," 
aku senyum dan menolak, kalau bkn sebab perut dah kenyang..aku mmg dah beli. maaflah makcik..saya dah makan..

"takpa lah dik..".. dengan senyuman mak cik tu berlalu ke bilik sebelah, dia nampak penat. aku yang muda ni pun penat naik tangga sampai tingkat tiga ni, ni kan pula mak cik yang 50-an dah, siap bawak beg plastik besar lagi. kesian makcik..


pintu bilik aku yang masih terbuka memberi ruang kpd telinga aku dan rumate utk mndengar ketukan makcik di bilik sebelah pula. salam diberi tidak bersahut, makcik masih ketuk lagi. benar-benar bersungguh mak cik berniaga walau kepenatan. ketumm!!
rumate aku yang sedang bergolek kat katil terus terbangun! kenapa tu kak? kenapa??
beliau yang agak kalut bertubi-tubi menyoal aku yang turut terpinga-pinga. mana tidaknya, bunyi pintu bilik dihempas menggegar portion A 5 tingkat di DPP ***! 

kami berebut-rebut membuka pintu bilik dengan lebih luas untuk melihat kejadian sebenar yang menyebabkan gegaran tersebut berlaku. kelihatan mak cik tadi sedang membaiki posisi beg plastik berisi nasik lemak dan karipap beliau dengan riak yang sedih, menyebabkan perasaanku dan rumate disisi sedikit terganggu. kami mendekati makcik dengan perasaan yang berbaur, "mak cik okei tak? knp ni ? " soal kami serius. "xdak apa aih dik..kesian depa nak study mak cik ganngu depa, xpa la..hihi" dengan senyuman kelat mak cik menjawab sambil berlalu pergi bersama beg plastik yang kelihatan semakin berat dibahunya. kami sedar, pada hakikatnya bukan beg itu yang bertambah berat, tapi kerana luka dihati, perasaan hiba didada yang melemahkan fizikalnya. dan kami, hanya mampu memandang dari kejauhan dengan perasaan yang berbolak-balik.

disini, tujuan aku hanyalah nak menyatakan rasa kecewa, sedih, terhiris, dengan segelintir sahabat yang sedikitpun tiada belas, apatah lagi hormat kepada mereka golongan yang lebih tua, golongan yang miskin mungkin, pada pandangan mereka.


yep..mungkin mereka tidak belajar tinggi seperti kamu (kononnya), mereka tidak hidup senang seperti kamu, yelah..xpayah jual nasik lemak, boleh belajar di universiti (dengan pinjaman ptptn ja pon ehh), boleh pkai baju lawa-lawa..yelah, xpyah pakai uniform cleaner. tapi sedar tak kamu, kemungkinan kedudukan mereka lebih mulia dipandangan Allah berbanding kita! disini mungkin kamu merasa tempat kamu lebih best dari mereka, tapi di akhirat yang selamanya nanti dimana tempat kamu?

tak payah tunggu di akhirat nanti pun, kat atas dunia ni pun kita tak tahu apa yg akan jadi pda masa depan kita kan teman-teman. kan mengaji tinggi katanya, takkan tak penah dengar kata pepatah? "hidup ini ibarat roda, seketika kita diatas dan seketika kita akan merasa pedihnya berada dibawah". its all about time ok teman-teman. apa salahnya kita menghormati yang lebih tua, atau yang lebih rendah pangkat dan kedudukannya dari kita. kerana mereka juga manusia yg ada hati dan perasaan yang boleh terluka dan kecewa dengan kata-kata dan tindakan yang tidak sepatutnya. lebih-lebih lagi dari kamu yang kononnya lebih berpelajaran, lebih bernasib baik di dunia ini. tak kan lah setakat ini sahaja peribadi yang mampu kamu, kita tonjolkan? come on sahabat-sahabat sekalian, we are better and better than that !

kerana yang dinilai disana bukannya kedudukan, bukannya rupa, bukan harta kamu. tetapi iman, amal, dan hati yang mencintai Ilahi.

sekian.






3.35 a.m
27 julai 2013



jalan untuk aku



bekas tapak kaki ada di belakang, semakin lama semakin kabur, mungkin disapu angin yang berterbangan. Namun, di hadapan langkah masih tidak berbekas, haluannya juga tidak jelas. maha besar Allah..langkah aku terhenti disini, satu perhentian yang amat sunyi.

lalu dimana? dimana semuanya?
impian, harapan, dan cita-cita yang menggunung..untuk apakah sebenarnya?

aku buntu..keliru.. 

lalu aku tatap mata ayah. 
disini, aku dapati ada segalanya. impian ini bukan untuk aku semata-mata, bukan milik aku sendiri pada dasarnya. ianya juga milik ayah, milik ibu, milik insan-insan kesayangan yang selalu mendoakan kejayaan aku.

lalu..
aku kukuhkan azam dihati. impian dan cita-cita ini harus aku gapai walau dengan apa cara sekalipun. kerana ianya milik aku dan mereka. biar sedikit penat, biar aku lelah berusaha, kerana kata mereka.. segala yang pahit akan menjadi manis akhirnya.

kini aku terus melangkah. semestinya dengan senyuman yang mekar berbunga. kerana aku tahu, ayah, ibu dan mereka sentiasa ada menemani lelahku, doa mereka sentiasa menghapus debar aku. dan kasih mereka membuat aku lebih kuat untuk meneruskan perjalanan ini. perjalanan untuk sebuah senyuman bangga seorang ayah, sebagai bukti kasih untuk seorang ibu.

kerana setiap langkah ini untuk Allah, ayah, ibu, dan mereka..
ini jalan yang aku pilih.

lalu menapak aku dengan hati yang berserah. Kemana-mana pun kaki melangkah, semoga jalan ini dipandu oleh Allah..








Tuesday, 8 October 2013

harapanku kepada bintang "

sejenak merenung hamparan langit, aku mulai sedar betapa jauhnya aku..dan bintang!

malah aku sedar, impian untuk mencapai bintang itu umpama mimpi di dalam mimpi. hanya impian kosong seorang yang daif tanpa mengamati lumrah dunia. bintang itu, tidak akan dapat aku gapai walau sebesar mana harapan yang disemai, itu realiti.


bintang..

sinarnya mempesonakan dari kejauhan. Anganku, alangkah berbahagianya aku untuk memiliki bintang. pesona hamparan bintang kutatap dari kejauhan. lalu dengan rela aku taburkan senyum yang indah membalas senyumnya bintang kepadaku.

sekian lama, aku mengharapkan bintang untuk  bersama-sama melalui hari-hari indah. aku mengimpikan hidup yang sempurna diterangi bintang yang bergemerlapan. namun aku terlupa sesuatu, bintang tidak akan sekali-kali turun ke bumi dengan kerelaannya. untuk bersama aku bererti bintang harus merelakan dirinya kehilangan sinar yang selama ini membuatkan dirinya begitu terang dan mempesonakan mereka yang merenungnya. malah aku juga keliru, adakah pesona aku terhadap bintang akan tetap utuh andai bintang kehilangan sinarnya? 

tapi kata mereka, cinta itu tiada syaratnya. aku berazam, andai bintang enggan mengorbankan sinarnya yang mempesona, kenapa tidak aku yang berusaha untuk berada disisi bintang? lalu aku dengan penuh kecintaan berusaha sehabis daya untuk terbang kepada bintang di kejauhan. tapi..apa daya aku sebagai manusia biasa yang lemah. bintang itu, tiada daya untuk aku menggapainya. lalu aku terus berharap dan berharap untuk sampai kepada bintang. saban malam aku merenung bintang dengan penuh harapan. masa pun terus berlalu, sang bintang tetap  juga tidak ingin turun ke bumi kerana takut kehilangan apa yang selama ini dia miliki tanpa pernah berfikir bahawa dirinya kesepian berada di langit yang paling jauh dari bintang-bintang yang lain.Mungkin bintang juga telah dibutakan dengan bergelimpangnya sinar-sinar paling mahal dan paling indah dijagat alam semesta. Hingga akhirnya melupakan ada manusia yang selama ini telah menunggunya di bumi. Bintang seakan telah dibutakan oleh cinta dan juga harta.

namun kematangan menyedarkan aku, bintang yang indah sinarnya itu bukanlah benar-benar sempurna untuk aku. sudah waktunya aku melepaskan segala pengharapan atas segala sesuatu yang menjadi ilusi seumur hidup aku. aku yang khilaf. meletakkan takdir pada impian, bukan pada Tuhan. Allahurabbi..

bintang itu,
indahnya hanyalah sekadar dari kejauhan. aku sedar, sinarnya akan membakar disaat aku mendekati. bintang itu, bukan untuk aku miliki sejak dari mulanya. memiliki bintang hanyalah sekadar ilusi yang mampu melukakan setiap inci hati dan jiwa. lalu dimana relevannya untuk aku menggantung angan untuk memiliki bintang? 

benar kata Laksamana Sunan, "Bintang..andai dapat digapai, maka saktilah hamba.."







Thursday, 12 September 2013

IMPERFECTION IS BEAUTIFUL


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat hati dan kalian” [HR Muslim]

ENTAHLAH,
sesuatu untuk direnungkan mungkin, jujurnya aku tak faham, keliru. bagaimana boleh wujud manusia yang membezakan manusia yang lain hanya disebabkan paras rupa, warna kulit, saiz tubuh badan, dan sebagainya. Hinanya mereka di mata manusia yang berperangai sedemikian rupa ya? barangkali  sebagai manusia yang sedang mendaki tangga kematangan. masih banyak yang perlu mereka pelajari tentang erti kehidupan yang sebenar-benarnya.

memang, semua itu lumrah. manusia..malah kita semua makhluk akan tertarik dengan sesuatu yang cantik, kelihatan indah dimata kita. aku tak nafikan, semua itu sunnatullah. namun mereka lupa, golongan yang kelihatan sedikit kekurangan di mata mereka ini tidak seharusnya dipinggirkan, dihina, dipandang rendah, ibarat mereka tidak mempunyai hati!


mungkin..mereka lupa, Rupa hanya sekadar lambang pengenalan diri kita. Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki. kecantikan hakiki, terletak di hati…tempat pertama jatuhnya pandangan Allah untuk setiap insan.


kamu..kamu, dan kamu! 

yang merasakan diri tidak cukup cantik, tidak cukup menawan, dan segala kekurangan yang membelenggu diri sehingga terasa diri begitu terpinggir dari arus kehidupan yang sepatutnya.

please, bangkit !

lupakah kalian, kita mempunyai Sang Pencipta yang maha adil, maha pengasih. DIA lebih mengerti apa yang terbaik buat kita. malah setiap insan telah ditetapkan rezeki masing-masing. setiap kurniaan dariNya pasti sahaja ada hikmahnya yang mungkin sahaja tidak terfikir oleh akal kita.

cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik alisnya, mancung hidungnya, mulis kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan  adalah terpulang kepada mata yang memandang.Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, insyaallah segala kegelisahan akan terpadam.


segala yang kita miliki adalah kurniaan Pencipta. kita bertanggungjawab untuk mempertahankan apa yang dianugerahkan! biar siapapun yang mencaci, biar seberat apa pun ujian yang kita tempa, kekalkan kita sebagai kita! mereka tidak lalui jalan yang kita tempa, mereka tidak merasai apa yang kita rasa. jadi dimana hak mereka untuk menilai? selagi kita menghargai, memelihara, dan menjaga amanah ini dengan tulus, selagi konflik kita dengan Pencipta tiada, sedarlah..kita tetap cantik! pedulikan mereka yang merasa sempurna, merasakan dirinya lebih segalanya..senyum. Allah lebih tahu betapa cantiknya kamu, dan mereka!


bersih dari hati akan terzahir pada wajah, pada perbuatan, pada tutur kata. maka dari itu, segalanya akan nampak indah dan menyenangkan kepada insan-insan di sekeliling. usah risau teman, akan ada yang menghargai dan menyedari betapa cantiknya dirimu, betapa indahnya iman dihatimu. Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.  Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga. syukuri, lindungi, dan hargailah amanah dari Penciptamu, kerana itu adalah anugerah terindah. mungkin kerana kekurangan itu akan menjadi satu kelebihan pada akhirnya. siapalah kita untuk mempersoalkan anugerah Pencipta..


ketahuilah bahawa aku sangat mengerti apa yang kamu lalui. Barangkali tidak berada di tempat kamu, tapi aku sangat mengerti dibezakan oleh masyarakat dan oleh orang sekeliling aku disebabkan oleh paras rupa.


Sukakah kalau kau dinilai tidak tentu hala?
Jadi jangan mula menilai dan menghukum ikut suka.


Thursday, 9 May 2013

ISLAM AGAMAKU..

Bila mengenang dan memperlihat betapa sedihnya Rasulullah pada zamannya ketika menegakkan shyiar islam. Bukan suatu perkara yang mudah bagi menegakkan kebenaran. Pasti tentangan sangatlah hebat, pada zaman rasulullah sahaja, sudah ada kaum munafiq yang bermuka-muka. Bukan tentangan kaum kafir, tetapi tentangan dengan musuh yang sealiran agama. Selagi ada kaum sebegini dan selagi ada umat islam yang takut pada kebenaran. Selagi itu lah islam itu hanya dipandang sebagai syarat meneruskan kehidupan dan bukan sebagai agama yang benar-benar mentauhidkan Allah s.w.t. "Hidupku, Matiku lillahi ta'ala" ini perkataan yang jauh lagi dipandang pada umat manusia. Nikmat hidup itu satu kemewahan dan berupa kecantikan yang kebanyakkan tidak sedar akan apa yang terkandung di sebalik semua itu. Tiada Suatu perkara pun yang wujud yang Allah s.w.t cipta didunia ini kecuali nanya untuk menguji. Gelap mata melihat semua itu sehingga tak terlihat apa yang terselindung... Moga Allah s.w.t melimpahkan rahmat kepada kaumku dan saudara seagamaku... Supaya mereka benar-benar mentauhidkan Allah s.w.t dan menuruti perintah Allah s.w.t wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w kepada kita umat manusia di muka bumi ini...

Allahuakbar....Laatahzan innalloha Ma'anaa...









Monday, 4 March 2013

titipan hati~

Begitu berat hati memikirkan penghayatan kehidupan, pasti didalamnya banyak perkara yang sia-sia telah terjadi. Satu ketika bila diri terduduk dari bangun, terasa diri terlalu rendah dan terlalu jauh untuk mencapai apa yang telah ditinggalkan. Dengan bertekadkan azam dan keyakinan. Kini hidup terus melangkah. Sehingga satu masa nanti pasti rasa dihati ini akan terhenti sediri. Biarpun hujan membasahi diri tidak akan terasa basahnya hati lagi. Biar yang pergi terus pergi, meninggalkan hati yang tak mungkin kembali.

Tiada manusia yang tak diuji, dan tiada manusia yang tak pernah berduka mahupun bersedih. Allah berikan ujian dalam kehidupan supaya mereka menilai jalan kehidupan. Bukankah ujian itu menambahkan iman kita?. Alangkah rugi bila Allah menguji, tetapi kita semakin jauh dari-Nya. Biarlah ujian itu sangat berat dan tak dapat diterima, Besabarlah.. tiada yang boleh berubah sedikit pun melainkan dengan ketentuan Allah. Redha atas segala-galanya, tutuplah kamus kehidupan yang dulu dan gantikan dengan cahaya kehidupan yang baru. semoga diri mendapat pentunjuk dan Rahmat dari-Nya.



titipan hati meluah rasa,


Tuesday, 8 January 2013

QAWAMA

                    ....بسم الله الر حمن الر حيم

"Men are the protectors and maintainers of women, because Allâh has made one of them to excel the other, and because they spend (to support them) from their means."


(Verse 34 Surah An-Nisa)


Qawama. Pelindung. Protector. Our other half. Every lady's personal version of knight in shining armor. 

hehe..mcm malu2 je sebenarnye aku nk tulis pasal ni, tp kalo nk tau, bnde ni mmg dh lame aku save dlm draft, just belom bersedia nk publish..maklomla.. aku still xlayak lg kut nk ckp psl bnde ni. tp..aku nk jgk cite psl ni..sbb mcm best ja.. :p


Qawama. our other half! kita..semua wanita mesti mengimpikan seorang pelindung, pahlawan yang soleh, pahlawan yang menjadikan cinta Allah sebagai pegangannya, yang sentiasa melindungi kita, menyayangi kita seadanya kita, menerima setulusnya, membimbing kita kepada cintaNYA, dan sentiasa berdiri disamping kita dengan gagahnya! hah hah hah..betul kan?

ye..betul, kita memang sudah ada pelindung kita sendiri sebelum tu. of course la ayah dan abang kita kan? ada yang cakap, lelaki yang paling setia dgn kita, off course la ayh kita. lelaki yang tak pernah jemu menjaga, melindungi, mengasihi, dan membimbing kita. terima kasih ayah!

dan seperti biasa, kita kaum wanita amatlah disayangi PENCIPTA. selepas ayah, kita juga mempunyai pahlawan pelindung kita sendiri. 500000 years before the sky was introduced to the sea, Allah Azza Wajalla had wrote our name next to him! Subhanallah..Allah sweet sangat. Allah nk bg surprise kat kita, siapa Qawama kita? curious of course..hihihh (miang).

tapi...aku, kamu, kamu, dan kamu..kita mesti ingat. wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaliknya! itu janji Allah buat kita. janji Allah! so..cuba kita renungkan. siapa kita? bagaimana kita? dimana kita?

ALLAHURABBI..

layakkah aku untuk mengimpikan dia yang soleh jika aku bukan solehah? layakkah aku mengidamkan dia yang beriman jika imanku sendiri tidak seberapa? layakkah aku untuk dia yang aku impikan jika aku masih disini? aku terkesan! ingat tak lagi,

"Apa saja nikmat yg kamu peroleh adalah dari Allah,dan apa saja bencana yg menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri." (An Nisa': 79)


jadi disini.. Allah telahpun berjanji, segala apa yang menimpa kita, baik nikmat mahupun musibah, adalah akibat dari tangan kita sendiri. itu adalah pilihan kita. jalan yang kita sendiri pilih. so..pilihlah jalan yang mendekatkan kita pada PENCIPTA. serahkan segenap cinta kepadaNYA, nescaya DIA akan mengurniakan kita cinta yang sebaiknya. Qawama yang kita dambakan. ^_+

jangan lupa berdoa! doa itu lebih baik dari terus mengharap dan menanti. kerana walaupun impian itu milik kita, segala ketetapan itu milik Allah. pemilik segala makhluk dilangit dan dibumi. semoga kita mendapat Qawama terbaik :)

Dan berfirman Tuhanmu "Memohonlah (berdoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu." -Al-Mu'min: 60

SEKIAN.. ^^

Friday, 28 December 2012

FINAL EXAM

                         ....بسم الله الر حمن الر حيم
       "DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG"


cepat ja masa berlalu kan? pejam celik, pejam celik..dah akhir sem pon la.. ape lg, bermulalah episod cinta luka berlagu pilu..huhu..ape lg, FINAL EXAM la.. adeh -_-"
time ni, mesti ramai yg sedang mengalami masalah tekanan perasaan, kecelaruan emosi, constipation yg kronik, dan sebagainya. kan? kan?

dan selalunya..time nk exam ni la mcm2 mslh yg dtg bertimpa2.. xkira la mslh kawan k, family k, mslh kecelaruan perasaan, dan yg sama waktu dengannya. yg pasti, benda ni semua sikit sebanyak akan menjejaskan konsentrasi kita utk fokus kan? seperti biasa, yg sy boleh ckp..ini semua ujian Allah buat kita.. untuk mematangkan jiwa, dan menguatkan akal kita! yeahh..! so.. kita semua dah pun besar panjang, dah matang dah..kita kena kuat! teruskan berjalan, berlari!

fikirlah. xkan dengan hanya ujian yang sedikit itu boleh menghalang kejayaan kita? memusnahkan harapan ayah bonda kita? mestilah tak kan? kita anak yang baik.. anak yang taat. kita nak bahagiakan ibu dan ayah. berpijak di bumi yang nyata. tepis semua benda2 yang menyemakkan fikiran kita. fokus! fokus!

Allah tak akan mengubah hambanya melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya. ingat kan? so.. kita sendiri yang bertanggungjawab atas diri kita. berusahalah sehabis tenaga. setakat termampu utk kejayaan kita! jangan buang masa dengan benda2 remeh.. tp.. xpe la kut klu sekali-sekala nk layan game ke, movie ke..hehehe (release tension ok..) ^^. tp jgn la smpai xstdy..bnde tu cukup2 buat iklan je ok? jgn sampai overdose plak. haha

lepas kita dah usaha sehabis boleh, tawakkal.. tawakkal disini adalah berdoa selepas berusaha. klu kita berdoa bnyk2 pon, xusaha..xjd gk kn? kat sini sy ade selitkan beberapa doa yg boleh mmbantu:

(doa penerang hati)

أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -


(doa apabila terlupa)

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -

Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.Berserah kepada Allah,Yakin dan bertawakkal.Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan! so..selamat berjaya semua..semoga berjaya di dunia dan akhirat. semoga dipermudahkan segala urusan. AMIN YA RABB.. (^_+)










Sunday, 16 December 2012

HATI YANG TABAH

         
"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"


First sekali, entry ni ditulis bukanlah untuk luahan perasaan, jiwang2 atau yg sama waktu dengannya.. aku just rasa buat masa ni, inilah medium terbaik utk aku memotivasikan diri aku sendiri, dan..mane la tau boleh membantu sahabat-sahabat jugak..IN SHAA ALLAH..hehe


pernah tak kita mendengar, ada yang bekata.. sekuat mana seorang wanita menghadapi dugaan, setabah mana seorang wanita cuba melalui ujian, dan setenang mana seorang wanita cuma menyembunyikan kesedihannya.. Ada kalanya air matanya akan tetap juga berguguran walaupun dalam senyuman!

memang lumrah wanita..penuh kasih sayang dan kelembutan, jadi tidak hairanlah jika kita wanita merasakan kita sentiasa diberi ujian dariNya. tanpa kita sedari, itulah tanda cinta tiada tandingan yang maha Agung buat kita para wanita. kita..dan hanya kita sendirilah yang boleh meletakkan sejauh mana cinta kita kita kpdNya..sejauh mana kita percaya dan yakin akan ketentuanNya.

Sungguh..hidup ini indah jika kita tahu menghargainya.. bahagia itu adalah apabila kita bersyukur. bersyukur dengan setiap cinta dariNya. bersyukur dengan setiap ketentuan ALLAH buat kita. apabila kita tidak mendapat apa yang kita sukai, maka sukailah apa yang kita ada. mungkin itulah yang terbaik buat kita. Siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah?


kadang-kadang, kita menanam impian, kita berusaha sebaik mungkin untuk mengejar impian kita. hari demi hari kita bajai impian kita dengan penuh harapan, supaya suatu hari benih yang ditanam akan membesar, dan berbuah. supaya impian kita menjadi kenyataan dan kita dengan penuh yakin percaya bahawa kita akan hidup dengan lebih bahagia, lebih sempurna dengan impian itu.


TAPI.. kita terlupa sesuatu! pohon dan buah yang kita tanam dan bajai itu, tanahnya milik siapa? impian yang kita harap dan nantikan itu, atas izin SIAPA?


TIADA YANG LAIN KECUALI ALLAH..PEMILIK SEGALA APA YANG ADA DILANGIT DAN DIBUMI!


ALLAHURABBI..


jadi sahabat sekalian, ikhlaskanlah jika semuanya berlaku tidak seperti yang kita impikan. mungkin Allah nak ajar kita sesuatu? Allah nak kita tahu bahawa tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Dia ingin buktikan bahawa segala yang indah di dunia itu hanyalah sementara. Allah nak kita tahu TAKDIR itu tetap milikNya walaupun segala impian itu milik kita.


jadi, berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walaupun sesukar mana, jika Allah kata milik kita, pasti akan menjadi milik kita akhirnya. tapi jika Allah katakan takkan jadi milik kita, ianya tidak akan pernah jadi milik kita. rencana Allah itu lebih baik dari rencana kita. jadi tetaplah berjuang dan berdoa, sehingga kita menemukan bahawa ternyata ALLAH telah menyediakan yang terbaik buat kita. 



Semalam, peristiwa yang kita lalui mungkin sedih. Tetapi, peritiwa hari ini mungkin berbeza. Mungkin kita akan merasai kelainan dalam kehidupan hari ini berbanding dengan kehidupan semalam yang telah kita tinggalkan. Masalah, tetap ada selagi kita bernafas di atas dunia. Kita pasti akan di duga dengan pelbagai rasa. Ada yang merasai manisnya nikmat. Juga, ada yang rasa pahitnya nikmat. Apa pun, nikmat yang telah dihadiahkan kepada kita, itu tandanya Allah tetap sayang akan kita.


Walau seberat mana pun ujian buat kita, berbahagialah! kerana bahagia itu bukan di akhir cerita, bahagia itu ada disepanjang jalan kita. Ikhlaslah.. ikhlas itu amat melegakan!




Bila melihat langit, hati kecil ini berbicara: "Allah, Engkau sedang pandang aku bukan? Engkau paling mengerti aku bukan?"


Lalu ku tagih doa padaMu: "Ya Allah lamarlah hatiku dengan cintaMu agar aku boleh berpaut dalam redhaMu."

yang ikhlas,

CIK KIWI :')







Sunday, 9 December 2012

mencari redhaNya

Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yang membentang.. 

Andai benar cinta itu karena اَللّهُ , biarkanlah اَللّهُ yang mengatur segalanya hingga keindahan cinta itu datang pada waktunya. 

Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta. 


Hati ini begitu mudah terbolak-balik maka serahkanlah rasa yang belum halal itu pada-Nya, berserahlah karena hanya اَللّهُ sebaik-baik penjaga.

Dikala hati resah memendam rindu..
Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka.

# Dan semoga اَللّهُ memberi jalan yang terbaik menurut-Nya...







'The empty shell deep down in your heart can never be satisfied until you fill it with the love and remembrance of Allah. ♥ '

IN SHAA ALLAH...



Saturday, 8 December 2012

M.A.H.A.B.B.A.H




"Cinta itu tidak pernah disedari”.. Benar cinta itu dari Syurga, kisah nyata bukan khayalan semata2 Namun hakikat cinta memaksa untuk diri menilai dari kaca mata taqwa, bukan nafsu dan godaan jiwa. Belajarlah dari perpisahan, kerana disitulah ukuran sejauh mana cinta kita kepada sang PENCIPTA!


Thursday, 15 November 2012

aku :)



Aku bukan bidadari yang membawa kedamaian, namun aku ingin membahagiakan orang yang aku sayang, membuat mereka ketawa dan tersenyum...

Aku bukan malaikat yang berhati putih seputih salju, aku hanya insan biasa yang ada salah dan khilaf...


Namun.. aku harus juga mencuba dan TERUS mencuba untuk MENJADI yang terbaik setakat TERMAMPU dalam kisah hidup aku sendiri..untuk IBU, untuk AYAH, dan untuk DIA dan MEREKA yang aku kasihi.. aku mahu membawa MEREKA ke JANNAH, insyaAllah..!


JADI, bimbinglah aku jika aku TERSASAR, SAMBUTlah aku jika aku TERSUNGKUR dalam melangkah! IRINGILAH aku jika aku TERSESAT dalam mencari CINTANYA, kasihilah aku SEADANYA aku.. kerana AKU adalah AKU, gadis biasa yang LEMAH dan amatlah LEMAH..








yang ikhlas,

CIK KIWI :')



Saturday, 29 September 2012

ILAIKA YA SOHABATI ♥


"aku berlindung kepada ALLAH daripada syaitan yang direjam!"

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

ILAIKA YAA SOHABATI…

ALLAH..ALLAH..ALLAH.. Cukuplah sekadar Allah dihati ini! ujian dariNya sesekali membuat aku tersenyum. Aku pasrah. aku bangga! Sungguh.. itu adalah tanda kasih dan cinta paling mendalam yang maha PENCIPTA kepadaku. ujianNYA datang dengan seribu hikmah. SUBHANALLAH.. DIA yang menguji dalam mengajar, Dia jualah yang mengubati dengan penuh cinta dan kasih. 

Maha Besar ALLAH yang menciptakan langit dan bumi.. yang menciptakan akal dan hati. supaya kita dapat merasa, menyentuh, melihat. Dia memberi ruang untuk kita merasai bagaimana untuk menyayangi, mencintai, dicintai, dihormati. DIA jua yang memberi kita ruang untuk dilukai, disakiti, dikhianati, supaya kita dapat merasakan betapa indahnya satu kehidupan. bukankah UJIAN itu datang untuk mendewasakan akal, untuk menguatkan iman, untuk mematangkan jiwa!

Aku bersyukur. diatas CINTANYA yang tidak berbelah bagi. terima kasih ALLAH.. kerana telah menciptakan seorang ayah yang tidak jemu mendidik dengan penuh kasih. terima kasih kerana telah mengurniakan ibu yang tidak penat mengasuh dengan penuh cinta yang tidak berbelah bagi. terima kasih ALLAH kerana menciptakan aku kakak-kakak, abang, dan adik-adik yang saling menjaga dan memahami. terima kasih juga ya ALLAH kerana memberi aku sahabat-sahabat soleh dan solehah yang sudi bersamaku disaat aku menangis dan tertawa, disaat aku dilukai dan disayangi. Aku amat menyayangi mereka keranaMU ya ALLAH!


Nah, Rasakan Kelazatan Persaudaraan!
 
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang 
paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar 
cintanya kepada saudaranya." 
HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim 
 
Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah 
rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan 
keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan 
menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya. 
 
Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari 
dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas 
ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat 
ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan 
RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang 
tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran 
setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin 
kalau dicampakkan ke dalam api." 
 
Sahabat... 
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian 
akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari 
rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, 
saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta 
melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara 
mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, 
yang bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan               
gambaran ukhuwah yang terlahir dari ibu yang bernama iman. 
 
Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan 
ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan 
yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara 
perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan 
keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, 
manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat 
saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini 
terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis. 
 
Saudaraku... 
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu 
ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya 
mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha 
indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan 
seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di 
syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya". 
 
Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 
'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana 
Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana 
Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya 
kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara 
tersebut. 
 
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang 
mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang 
kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya 
orang-orang mukmin adalah bersaudara." 
Q.S Al-Hujurat : 10 
 
Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu 
terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat 
antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." 
HR. Muttafaqun 'Alaih 
 
Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. 

KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. 

KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu 

dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir.       

KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. 

Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai 

makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya.
 

Yesterday is history, 
Tommorow's a mystery, 
Today's a gift, 
That's why we call it the Present. 
 
"Each day I wake in gratitude. 
Thanking Allah, 
He let me rise 
And To Him I only 
Seek His assistance."


# terima kasih kepada semua insan yang aku kasihi :)

UKHUWAH FILLAH, ABADAN,ABADA..

yang ikhlas : cik kiwi yang cantik