graphic

Tuesday 5 August 2014

Selamat Hari Lahir Siti Aisyah Binti Zakaria !



Pagi yang sangat dingin di kampung halaman tercinta. Tanah dimana tumpahnya darah ibu yang melahirkan aku. Disini, aku mula melihat dunia Sang Pencipta.

Usai solat subuh, aku termanggu ditangga rumah. Menikmati indahnya sawah padi yang kian menghijau terbentang seluas mata memandang. Mentari masih enggan melimpahkan sinarnyanya, malu-malu berlindung dibalik perbukitan yang menjauh diperhujung hamparan sawah.  Kelihatan burung-burung mulai terbang berkicauan meninggalkan pohon-pohon kayu tempat perteduhan, mencari rezeki dibumi tuhan. Sengaja aku membiarkan dingin pagi menyentuh tubuh, menggamit kembali liku-liku kehidupan, jatuh bangun, suka dan duka yang telah aku tempuh sepanjang perjalanan kehidupan di dunia pinjaman dariNya.

2 Ogos 2014,

Hari ini Aku, Siti Aisyah Binti Zakaria telah berumur 24 tahun! Sepantas angin, masa terus bergulir laju tanpa dapat aku hentikan. Segalanya kian berubah, bagaikan berubahnya musim.

Terima kasih Allah, kerana meminjamkan aku nafas ini, memberi aku peluang mengenal dunia indah ciptaanMu, menganugerahkan aku ayah yang sentiasa mengasihi, ibu yang setia mencintai, abang, kakak-kakak, adik-adik yang saling menyayangi, dan sahabat-sahabat yang sentiasa disisi, menjaga dan memahami. terima kasih untuk anugerah yang indah. Terima kasih!

Terima kasih ibu, yang membawa aku dalam kandungan selama 9 bulan. Yang membesarkan, mengasuh, menjaga, dan setia menyayangi aku sehingga kini. Dirimu tidak akan ada gantinya ibu. Aku akan tetap menyayangimu selagi mata ini terbuka, selama nafas ini ada, bidadariku!

Buat ayah, dirimu umpama perwira yang hadir saat mula aku menjengah ke dunia. Ayah hero anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Terima kasih ayah, kerana menjadi seorang ayah yang sebenar-benar ayah untukku. Terima kasih kerana mnyayangi, mendidik, mencari rezeki, memahami, menjaga, dan untuk segala-galanya! Segalanya seakan tiada ertinya tanpamu, ayah. My dad is my hero!

Untuk abang, kakak-kakak, dan adik-adik anugerah terindah dari Ilahi, terima kasih kerana sentiasa ada bersama-sama disaat suka dan duka, menyayangi, memahami, dan menjaga. Tanpa kalian aku tidak akan ada dimana aku berada. Terima kasih along, abang, kak kah, achik, abang teh, abang cho, kak yue, dan adik kerana mewarnai hari-hariku dengan cukup indah.

Pada sahabat-sahabat yang sentiasa disisi disaat suka dan duka, disetiap jatuh dan bangunku, terima kasih kerana sudi setia disisi, menyayangi seadanya aku. Tanpa kalian duniaku bagaikan sang pelangi yang kehilangan warnanya.

Begitu menggunung nikmat anugerahMu buat hamba Tuhan.. Maafkan andainya jarang hamba memanjatkan syukur kehadratMu. Hamba yang khilaf, selalu meletakkan syarat untuk mengecapi kebahagiaan, sedangkan bahagia itu sentiasa ada andai saja hamba mensyukuri setiap anugerahMu. Terima kasih Tuhan, untuk segala nikmat bahagia dan dukacita yang hamba kecapi sepanjang hamba hidup di duniaMu. Kerana hamba tahu, Engkaulah pemilik segalanya, Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan dibumi. Hamba redha Tuhan..

sambutlah hati hamba, hamba ingin melabuhkan cinta yang sebenar cinta buatMu..
oleh itu Tuhan, berilah aku hati yang lebih yakin, hati yang jitu, yang mencintaiMu dengan setulusnya.

Ya Wahhab, jadikanlah aku insan yang berilmu, yang merasai makna hikmah. Dengannya dapat aku mendidik diri dan hati.

Ya Latif..lembutkanlah akhlakku, ajari aku bagaimana untuk mengasihi manusia dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Ya Hannan, kurnikanlah aku hati yang hidup, yang dapat merasai keindahan iman, dengannya dapat aku beroleh ketenangan.

Ya Rahman, jadikanlah aku anak yang solehah buat ibu dan bapaku, izinkan aku menjadi bidadari di syurgamu nanti..



 sekian..

ikhlas, alang cantik dan bebby tersayang :')




No comments:

Post a Comment