graphic

Saturday 1 March 2014

jalan untuk aku



bekas tapak kaki ada di belakang, semakin lama semakin kabur, mungkin disapu angin yang berterbangan. Namun, di hadapan langkah masih tidak berbekas, haluannya juga tidak jelas. maha besar Allah..langkah aku terhenti disini, satu perhentian yang amat sunyi.

lalu dimana? dimana semuanya?
impian, harapan, dan cita-cita yang menggunung..untuk apakah sebenarnya?

aku buntu..keliru.. 

lalu aku tatap mata ayah. 
disini, aku dapati ada segalanya. impian ini bukan untuk aku semata-mata, bukan milik aku sendiri pada dasarnya. ianya juga milik ayah, milik ibu, milik insan-insan kesayangan yang selalu mendoakan kejayaan aku.

lalu..
aku kukuhkan azam dihati. impian dan cita-cita ini harus aku gapai walau dengan apa cara sekalipun. kerana ianya milik aku dan mereka. biar sedikit penat, biar aku lelah berusaha, kerana kata mereka.. segala yang pahit akan menjadi manis akhirnya.

kini aku terus melangkah. semestinya dengan senyuman yang mekar berbunga. kerana aku tahu, ayah, ibu dan mereka sentiasa ada menemani lelahku, doa mereka sentiasa menghapus debar aku. dan kasih mereka membuat aku lebih kuat untuk meneruskan perjalanan ini. perjalanan untuk sebuah senyuman bangga seorang ayah, sebagai bukti kasih untuk seorang ibu.

kerana setiap langkah ini untuk Allah, ayah, ibu, dan mereka..
ini jalan yang aku pilih.

lalu menapak aku dengan hati yang berserah. Kemana-mana pun kaki melangkah, semoga jalan ini dipandu oleh Allah..








No comments:

Post a Comment