graphic

Saturday 29 September 2012

ILAIKA YA SOHABATI ♥


"aku berlindung kepada ALLAH daripada syaitan yang direjam!"

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

ILAIKA YAA SOHABATI…

ALLAH..ALLAH..ALLAH.. Cukuplah sekadar Allah dihati ini! ujian dariNya sesekali membuat aku tersenyum. Aku pasrah. aku bangga! Sungguh.. itu adalah tanda kasih dan cinta paling mendalam yang maha PENCIPTA kepadaku. ujianNYA datang dengan seribu hikmah. SUBHANALLAH.. DIA yang menguji dalam mengajar, Dia jualah yang mengubati dengan penuh cinta dan kasih. 

Maha Besar ALLAH yang menciptakan langit dan bumi.. yang menciptakan akal dan hati. supaya kita dapat merasa, menyentuh, melihat. Dia memberi ruang untuk kita merasai bagaimana untuk menyayangi, mencintai, dicintai, dihormati. DIA jua yang memberi kita ruang untuk dilukai, disakiti, dikhianati, supaya kita dapat merasakan betapa indahnya satu kehidupan. bukankah UJIAN itu datang untuk mendewasakan akal, untuk menguatkan iman, untuk mematangkan jiwa!

Aku bersyukur. diatas CINTANYA yang tidak berbelah bagi. terima kasih ALLAH.. kerana telah menciptakan seorang ayah yang tidak jemu mendidik dengan penuh kasih. terima kasih kerana telah mengurniakan ibu yang tidak penat mengasuh dengan penuh cinta yang tidak berbelah bagi. terima kasih ALLAH kerana menciptakan aku kakak-kakak, abang, dan adik-adik yang saling menjaga dan memahami. terima kasih juga ya ALLAH kerana memberi aku sahabat-sahabat soleh dan solehah yang sudi bersamaku disaat aku menangis dan tertawa, disaat aku dilukai dan disayangi. Aku amat menyayangi mereka keranaMU ya ALLAH!


Nah, Rasakan Kelazatan Persaudaraan!
 
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang 
paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar 
cintanya kepada saudaranya." 
HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim 
 
Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah 
rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan 
keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan 
menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya. 
 
Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari 
dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas 
ra., "Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat 
ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan 
RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang 
tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran 
setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin 
kalau dicampakkan ke dalam api." 
 
Sahabat... 
Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian 
akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari 
rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, 
saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta 
melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara 
mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, 
yang bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan               
gambaran ukhuwah yang terlahir dari ibu yang bernama iman. 
 
Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan 
ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan 
yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara 
perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan 
keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, 
manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat 
saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini 
terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis. 
 
Saudaraku... 
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu 
ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya 
mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha 
indah. Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa bersaudara dengan 
seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di 
syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya". 
 
Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu 
'Abbas ra., ia berkata, "Barangsiapa mencintai seseorang kerana 
Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana 
Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya 
kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara 
tersebut. 
 
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang 
mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang 
kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; " Sesungguhnya 
orang-orang mukmin adalah bersaudara." 
Q.S Al-Hujurat : 10 
 
Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, "Mukmin yang satu 
terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat 
antara sebagian dengan sebagian yang lainnya." 
HR. Muttafaqun 'Alaih 
 
Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim. 

KeagunganNya tinggi. Kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dahsyat. 

KeindahanNya berpadu dengan kemuliaan. KeagunganNya berpadu 

dengan keluhuran. KebesaranNya tidak pernah berakhir.       

KeindahanNya pesona hati. KeagunganNya meningkatkan cinta. 

Sungguh, tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai 

makhlukNya, dan cinta kita kepadaNya.
 

Yesterday is history, 
Tommorow's a mystery, 
Today's a gift, 
That's why we call it the Present. 
 
"Each day I wake in gratitude. 
Thanking Allah, 
He let me rise 
And To Him I only 
Seek His assistance."


# terima kasih kepada semua insan yang aku kasihi :)

UKHUWAH FILLAH, ABADAN,ABADA..

yang ikhlas : cik kiwi yang cantik 

1 comment:

  1. thanks join segmen entry terbaik
    http://www.jeritpekik.my/2012/12/senarai-entry-entry-terbaik-dari_26.html

    ReplyDelete