graphic

Thursday 27 November 2014

meninggalkan pelangi


move on ?

begitu lunak bibir mengungkap. begitu senang mata yang memandang. tapi bagaimana pula dihati?

sebuah takdir yang harus diterima itu seringkali dipertikaikan.

walau beribu kali akal mengingatkan hati, namun ianya umpama menutup langit dengan tapak tangan sendiri.

sukar. 

walau macam mana sekalipun kita mencuba, ianya sukar!

Suatu ketika

langkah kaki ini terhenti. 

terpesona melihat indahnya pelangi

kaki seolah-olah memberat. enggan meninggalkan pelangi yang begitu indah.

namun harus  diakui, perjalanan yang masih jauh harus diteruskan.

Memang pelangi takkan selalu mampu jadi peneman. Bila kau berjalan,
Pelangi pasti akan kau tinggalkan.


sematkan indahnya dihati. semoga takdir Pencipta yang menanti di hadapan lebih indah dan lebih dekat bagi diri.

lalu kata aku, mengapa harus berusaha menutup langit itu?

sedangkan segala yang ada di cakerawala itu sangat indah dan mempesona.

cuma yang tinggal, hati dan jiwa yang menilainya.

Untuk manusia.. 

Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia.

ingat, Allah itu ada. Allah itu ada. 


“Dan apabila hamba-hamba_Ku bertanya kepadamu tentang AKU, Maka (jawablah), bahawasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Baqarah, 186)

selamat berbahagia, buat kamu dan aku.





Wednesday 12 November 2014

Hari Jubah Saya




Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Sang Pemilik yang menciptakan semua yang ada dilangit dan dibumi. Akhirnya, setelah hampir empat tahun bertungkus lumus menceduk secebis ilmu di bumi Universiti Utara Malaysia yang penuh barakah ini, telah tiba masanya menjalani “ritual pembebasan” yang paling dinanti setiap mahasiswa mahasiswi.

Namun anehnya, semakin dekat ritual tersebut, semakin sayu rasanya hati ini mengenangkan setiap detik, setiap jatuh dan bangun, tangis dan tawa yang telah dilalui di bumi ini. segalanya tidak akan ada galang gantinya walau seluas mana bumi yang akan aku dan mereka jejak selepas ini. Aku pasti.

Takdir tertulis, ibu yang sangat aku sayangi diberi ujian kesihatan hampir 3 minggu sebelum majlis konvokesyen. Saat itu, hati ini mungkin sedikit kecewa kerana aku tahu ibu tidak mungkin dapat menghadiri majlis itu bersama. Namun tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu kembali sihat, malah lebih sihat dari sebelumnya. Sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada achik yang mengorbankan kerjaya dan cita-cita untuk menjaga ibu dirumah.

Segalanya berlaku tidak seperti yang aku impikan. Keluarga berkemungkinan tidak dapat menghadiri majlis itu bersama. Aku redha. Kesihatan ibu lebih penting dari segalanya. Oleh kerana mood konvokesyen kian pudar, segala persiapan aku settle last minute. Tambahan pula aku kian sibuk dengan mid term, presentation, dan due assignment yang semakin hampir.

Pernah juga terfikir untuk tidak hadir, tapi Alhamdulillah, semakin dekat majlis ibu semakin sihat. Dan yang paling menggembirakan, ayah menyatakan hasratnya untuk meraikan konvokesyen aku bersama. Malam itu juga aku packing barang dan beli tiket bas ke Utara dan menunggu ayah dan adik disana. Terima kasih kepada Kak Mard, Azie, Jihah, dan Eni yang banyak membantu preparation last minute itu. Kalut mencari baju, kasut, tiket, dan segalanya. Semuanya tidak mampu aku selesaikan tanpa bantuan kalian. Juga Amat berterima kasih kepada Pak Su yang sudi membawa ayah dan adik ke Utara.

Sangat-sangat bersyukur kerana Ayah dapat menghadiri mjlis ini bersama walaupun kebanyakan ahli keluarga yang lain tidak dapat bersama. Terima kasih Ayah, ibu, nenek, abang, kakak-kakak, adik-adik, dan semuanya. Segalanya adalah untuk kita bersama. Terima kasih kerana sentiasa disisi alang dalam setiap jatuh dan bangun. Terima kasih!

Saat melangkah ke UUM, hati ini berbaur dengan pelbagai rasa. Segala memori disini kembali menggamit hati dan jiwa. Setiap langkah yang diatur bagaikan menjejaki setiap inci pahit dan manis memori disini. Segalanya semakin dirindui. Kerana segalanya tidak mungkin akan berulang kembali. Memori..memori..

Disebabkan persiapan dibuat last minute, banyak pula lompang yang masih belum lengkap. Saat melangkah ke dewan, aku dapati kasut hitam yang dibeli tersangatlah longgar. Nasib menyebelahi aku bila ternampak buku konvokesyen disediakan di setiap tempat duduk. Terpaksa koyakkan sedikit untuk mengisi ruang yang longgar dalam kasut. Tak dapat dibayangkan jika kasut tercabut atas stage. Haha.

Saat menunggu giliran naik stage, terkenang seseorang yang pernah menjadi salah satu makhluk yang penting dalam hidup ini. andai, janji dahulu kamu tunaikan. Pastinya kita bersama-sama meraikan hari ini. biar kecewa dengan pilihan itu, aku masih mendoakan kebahagiaan dan kejayaanmu. Semoga kamu temui jalan yang membahagiakan. Kenangan itu sudah cukup terisi jauh di sudut hati ini.

“tahniah Siti, selamat Berjaya”

Erk! Spoil sungguh Tun ni.. beliau panggil Siti? Haha..

Terim kasih, terima kasih, terima kasih semuanya.. lecturer, sahabat-sahabat yang banyak membantu aku yang serba kekurangan ini, makcik-pakcik staf, Unit keselamatan, kucing-kucing area DPP YAB yang banyak membantu aku release tension, crush2 yang pernah menjadikan hidup aku lebih indah suatu masa dahulu (kihkih) dan semuanya. Terima kasih! Segalanya cukup indah disini. Perjuangan aku tidak berakhir disini, suatu masa pasti kita bertemu lagi. Walau seluas mana bumi yang akan aku jejak, Universiti Utara Malaysia akan tetap aku rindui. 


Sayonara UUM ! 

10 November 2014

Bachelor of Economics With Honours

inilah hari jubah saya!




Friday 19 September 2014

homesick !



pejam celik pejam celik

dah masuk semester kedua aku sebagai siswazah sarjana ekonomi islam di UKM.

well..

aku akui, diri ini sudah kian "berusia"

sering aku perhatikan student-student sem satu undergraduate. 

dulu

aku dah lalui kehidupan itu. cuma..

kenapa mereka rileks ja? kenapa aku pulak yang makin tua makin menjadi-jadi penyakit homesick ni?

come on..umur dah 24 tahun 1 bulan 21 hari kut. sedeh sungguh..

time undergraduate dekat UUM dulu ada la jugak penyakit ni, tapi still masih dalam kawalan. but why now it seems like i cant bear it anymore ?

very frustrated as a women. As a big big girl enough for this.

lebih-lebih lagi keadaan sekarang kian berbeza. aku dikelilingi orang-orang yang sudah dewasa. seperti dewasanya aku. tapi kelihatannya hati dan jiwa aku mungkin masih belum cukup dewasa seperti mereka.

kesimpulannya.. walaupun dalam keadaan yang sangat-sangat kegalauan, hakikat itu terpaksa aku sembunyikan untuk menjaga imej yang kononnya sudah cukup matang ini.

buat ibu, ayah, kak ya, abang, kak kah, achik, abang teh, abang cho, kak yue, adik, amsyar, irsyad, naily, naufal, nesya, kak linda, abang long, mok, bebby, semuanya.. alang rinduuuu !!!!! 

hermmm......








Tuesday 5 August 2014

Selamat Hari Lahir Siti Aisyah Binti Zakaria !



Pagi yang sangat dingin di kampung halaman tercinta. Tanah dimana tumpahnya darah ibu yang melahirkan aku. Disini, aku mula melihat dunia Sang Pencipta.

Usai solat subuh, aku termanggu ditangga rumah. Menikmati indahnya sawah padi yang kian menghijau terbentang seluas mata memandang. Mentari masih enggan melimpahkan sinarnyanya, malu-malu berlindung dibalik perbukitan yang menjauh diperhujung hamparan sawah.  Kelihatan burung-burung mulai terbang berkicauan meninggalkan pohon-pohon kayu tempat perteduhan, mencari rezeki dibumi tuhan. Sengaja aku membiarkan dingin pagi menyentuh tubuh, menggamit kembali liku-liku kehidupan, jatuh bangun, suka dan duka yang telah aku tempuh sepanjang perjalanan kehidupan di dunia pinjaman dariNya.

2 Ogos 2014,

Hari ini Aku, Siti Aisyah Binti Zakaria telah berumur 24 tahun! Sepantas angin, masa terus bergulir laju tanpa dapat aku hentikan. Segalanya kian berubah, bagaikan berubahnya musim.

Terima kasih Allah, kerana meminjamkan aku nafas ini, memberi aku peluang mengenal dunia indah ciptaanMu, menganugerahkan aku ayah yang sentiasa mengasihi, ibu yang setia mencintai, abang, kakak-kakak, adik-adik yang saling menyayangi, dan sahabat-sahabat yang sentiasa disisi, menjaga dan memahami. terima kasih untuk anugerah yang indah. Terima kasih!

Terima kasih ibu, yang membawa aku dalam kandungan selama 9 bulan. Yang membesarkan, mengasuh, menjaga, dan setia menyayangi aku sehingga kini. Dirimu tidak akan ada gantinya ibu. Aku akan tetap menyayangimu selagi mata ini terbuka, selama nafas ini ada, bidadariku!

Buat ayah, dirimu umpama perwira yang hadir saat mula aku menjengah ke dunia. Ayah hero anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Terima kasih ayah, kerana menjadi seorang ayah yang sebenar-benar ayah untukku. Terima kasih kerana mnyayangi, mendidik, mencari rezeki, memahami, menjaga, dan untuk segala-galanya! Segalanya seakan tiada ertinya tanpamu, ayah. My dad is my hero!

Untuk abang, kakak-kakak, dan adik-adik anugerah terindah dari Ilahi, terima kasih kerana sentiasa ada bersama-sama disaat suka dan duka, menyayangi, memahami, dan menjaga. Tanpa kalian aku tidak akan ada dimana aku berada. Terima kasih along, abang, kak kah, achik, abang teh, abang cho, kak yue, dan adik kerana mewarnai hari-hariku dengan cukup indah.

Pada sahabat-sahabat yang sentiasa disisi disaat suka dan duka, disetiap jatuh dan bangunku, terima kasih kerana sudi setia disisi, menyayangi seadanya aku. Tanpa kalian duniaku bagaikan sang pelangi yang kehilangan warnanya.

Begitu menggunung nikmat anugerahMu buat hamba Tuhan.. Maafkan andainya jarang hamba memanjatkan syukur kehadratMu. Hamba yang khilaf, selalu meletakkan syarat untuk mengecapi kebahagiaan, sedangkan bahagia itu sentiasa ada andai saja hamba mensyukuri setiap anugerahMu. Terima kasih Tuhan, untuk segala nikmat bahagia dan dukacita yang hamba kecapi sepanjang hamba hidup di duniaMu. Kerana hamba tahu, Engkaulah pemilik segalanya, Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan dibumi. Hamba redha Tuhan..

sambutlah hati hamba, hamba ingin melabuhkan cinta yang sebenar cinta buatMu..
oleh itu Tuhan, berilah aku hati yang lebih yakin, hati yang jitu, yang mencintaiMu dengan setulusnya.

Ya Wahhab, jadikanlah aku insan yang berilmu, yang merasai makna hikmah. Dengannya dapat aku mendidik diri dan hati.

Ya Latif..lembutkanlah akhlakku, ajari aku bagaimana untuk mengasihi manusia dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Ya Hannan, kurnikanlah aku hati yang hidup, yang dapat merasai keindahan iman, dengannya dapat aku beroleh ketenangan.

Ya Rahman, jadikanlah aku anak yang solehah buat ibu dan bapaku, izinkan aku menjadi bidadari di syurgamu nanti..



 sekian..

ikhlas, alang cantik dan bebby tersayang :')




Saturday 21 June 2014

R.I.N.D.U..


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

dalam kemelut tugasan dan tuntutan komitmen yang pelbagai perlu dipenuhi, aku berhenti. seakan sesuatu yang teramat bernilai telah tertinggal di belakang. hati dan jiwa terasa kosong yang teramat ngilu.

Allah..dah lama aku tak berbicara dengan ayah. selalu hanya berkirim salam melalui ibu.
setiap kali aku hubungi mereka, ayah selalu tiada dirumah.

telefon bimbitku yg 'cokia' aku capai. Hish..kenapa rindu sangat ni !! air mata menitis laju sambil menaip nombor telefon ayah. sebaik talian dihubungi, aku mula membaiki suara. Nanti, kalau ayah tau aku nangis sebab rindu beliau tak ke malu. huhuhu

"ayah pegi mengaji la, hari ni kan sabtu.."..

jawapan kakak lagi mengecewakan. aku gelisah. makan tak lalu, nak sambung buat assaignment xboleh fokus ! 

ayah..maafkan aku, dah lama tak cakap dengan ayah. ayah kecik hati ke sampai tak nak cakap dengan aku?

walaupun jarang cakap, doaku tidak pernah tiada nama ayah. dan begitu juga dengan ayah yang tidak pernah berhenti mendoakan aku. aku pasti.. cuma komitmen dan bebanan kerja yang luar biasa sejak akhir-akhir ni sedikit membataskan. ya..mungkin kedengaran seperti alasan. maafkan aku ayah..!

angin malam terus bertiup lembut. tingkap sengaja aku buka seluasnya. kelihatan bulan tersenyum indah dipagar bintang pujaan. Agaknya, bagaimana ianya kelihatan kalau dilihat dari rumah? semestinya bertambah indah dengan haruman pohon buah-buahan dan bungaan hasil tangan ayah.. bertambah indah bila disertai dengan senyuman ibu !

Ayah.. Ibu.. Anakmu rindu..

Benarlah, seperti yang dititipkan dalam wasiat cinta Al-Banna, kewajipan yang kita ada lebih banyak dari waktu yang kita punya. tapi andai tidak mampu buat semua, jangan ditinggal semuanya. 

Dengan Izin Allah. aku akan mencuba sehabis mungkin ayah, ibu.. kerana aku tahu, dunia ini tempat berpenat. aku mohon, teruskan doamu insan kesayangan. setelah selesai semuanya kita akan bertemu.

penuh cinta dari anakmu..









Monday 7 April 2014

UMMAH ?


lihat sahaja sekeliling kita. apa pandangan kita pada ummah ketika ini?


disini, pelajar-pelajar sekolah sahaja sudah terlalu berani bertindak keterlaluan. berpegangan tangan, berpelukan dengan pasangan, pakaian usah cerita. itu baru pelajar sekolah, belum disentuh kelompok yang lain. kadang-kadang tindakan mereka tak tercapai dek akal kita sendiri. malah golongan yang bijak bestari, berpendidikan juga tidak terkecuali mengambil bahagian. itu bukanlah sesuatu yang pelik untuk kita perkatakan disini. kan?


di suatu tempat, ada ummah sedang leka dengan keindahan dunia, ada ummah yang sedang asyik dengan harta dan kuasa.


di suatu tempat pula ada ummah yang sedang berjuang menuntut keadilan. ada ummah yang sedang membesar dengan suburnya kecintaan terhadap Ilahi, ada ummah yang hidup dalam penuh pengharapan, ada ummah yang sedang kelaparan dek zalimnya golongan yang bertuhankan syaitan. ada ummah sedang berpecah belah dek fitnah yang semakin melebar, ada ummah yang sedang lalai dengan kemewahan dunia yang sementara sehingga tidak nampak akhirat yang bakal ditempa.


Entahlah, terlalu banyak isu yang sedang melanda ummah..tapi satu sahaja yang nak aku tekankan disini, bila mana kita menyebut ummah..kita kena ingat kita pun sebahagian dari ummah. bila mana kita kata masalah ummah, kita pun sebahagian dari masalah itu..


senang cerita kita sedang kata Ummah ini BERMASALAH, hakikatnya kita juga berMASALAH kerna kita sebahagian dari UMMAH..


tapi apa tindakan kita pada waktu ini? suatu ketika kita juga akan turut dihisab. apakah sumbangan kita terhadap ummah? dalam golongan manakah kita berada?

mungkin sudah tiba masanya kita sedar. apabila kita melihat masalah yang melanda ummah hari ini, itu adalah sebahagian daripada cerminan diri kita sendiri. mungkin kita juga ada masalah ?

oleh itu, ingin aku tekankan, sudah tiba masanya kita bersatu. bersatu untuk menjadi ummah yang lebih kuat menghadapi hari mendatang yang semakin rancak dengan cabaran.


ingat teman,

tangan kanan itu kuat bukan kerana tangan kanan itu kuat dengan sendiri, tapi kerana tangan kiri tidak diguna dengan baik. begitu juga kebatilan itu kuat bukan kerna dia kuat, tapi kerana kebenaran itu tidak diguna dengan baik. 

benar kata HR. Imam Muslim, “Mukmin itu dengan mukmin yang lain itu bagaikan sebuah bangunan. Sebagian menguatkan bagian yang lain”.

ummah, maafkan aku yang terleka..

Kerana aku..
dunia ku digoncang derita.
Kerana aku..
Ummah hidup terseksa.

Kerana aku..
murka melanda..
Kerana aku..
Musibah menimpa..

kerana aku..
Kebatilan naik berkuasa..
kerana aku..
Kebenaran tiada makna..

Kerana aku..
sang anak hilang keluarga..
Kerana aku..
Sang tua menjadi mangsa..

Kerana aku..
Pejuang dipenjara..
Kerana aku..
Pejuang dihukum tanpa bicara..

Kerana aku..
dunia menjadi neraka..
Kerana aku..
Hidup tidak lagi bermakna..

Ini Kerna Aku..
Yang lupa padaMU..
Yang tinggal hukumMU..
Yang bermain dengan amanahMU..
yang tidak bersungguh dengan dakwahMU..

Ini semua Kerana Aku..


Thursday 27 March 2014

selamat ulang tahun, AYAH !

28 MARCH 2014

genap 58 tahun umur ayah.


Ayah yang dicintai. Ayah yang dikagumi. Ayah yang dihormati. Ayah yang memberi erti segala-galanya dalam hidup aku.

terima kasih Allah, kerana memberi aku seorang ayah seperti ayah. terima kasih mak, kerana mengahwini seorang lelaki seperti ayah, terima kasih nenek kerana melahirkan anak yang soleh seperti ayah. terima kasih. terima kasih semuanya !

ayah. 

selepas datuk dan nenek berpisah, ayah membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. ayah membesar dengan tuk ngah. kadang-kadang dengan nenek. menginjak usia 8 tahun, ayah mula mencari datuk. Alhamdulillah. ayah disayangi mak tuk seperti darah dagingnya sendiri. kata ayah, dia sangat disayangi mak tuk. kami juga merasa begitu. terima kasih mak tuk. kasih sayang mak tuk sangat beerti buat ayah. buat kami.

di usia 10 tahun, ayah sudah tidak mampu meneruskan persekolahan. kesempitan hidup dan desakan tanggungjawab menjadikan ayah redha. ayah mula mencari rezeki sendiri. mencecah usia 13 tahun ayah sudah berhijrah ke Singapura untuk membanting tulang mencari rezeki. untuk membantu ibu dan adik-adik. ya, begitu berat beban yang ayah pikul. tapi aku bangga, seawal usia 14 tahun, ayah sudah mampu membeli sebidang tanah dan membina sebuah rumah untuk ibu dan adik-adiknya supaya mereka hidup dengan lebih sempurna.

Ayah yang bertanggungjawab. begitu juga terhadap isteri dan kami anak-anaknya. walaupun ayah hanya bersekolah sampai darjah 4, walaupn ayah hanya seorang petani, namun ayahlah guru pertama buat kami! mungkin tidak mahu kami merasai keperitan lalu yang pernah dirasai, ayah membesarkan kami dengan segala kemilikannya. mungkin tidak semewah orang lain, tapi ayah berusaha sehabis daya melengkapkan segalanya buat kami. untuk itu, terima kasih ayah..

Ayah guru mengaji, guru penulisan, guru matematik, guru pendidikan islam, semuanya ayah!
masih segar dalam ingatan, walaupun aku tak dapat masuk sekolah tadika macam jiran-jiran yang seusia aku, aku masih ada ayah. ya..walaupun sedikit tegas, Ayah dengan sabar mengajar aku membaca dan mengira. aku juga mampu belajar seperti mereka. malah lebih baik! kan dah cakap..ayah guru pertama aku yang paling hebat! waktu malam pula ayah mengajar kami mengaji. waktu mengajar mengaji, ayah paling digeruni kami adik-beradik. yelah..garangnya tak sama seperti semasa ayah mengajar kami membaca dan mengira. walaupun pada masa tu segala jenis rotan menjadi teman setia aku, abang dan kakak-kakak, tapi  semua itulah yang mengajar kami menjadi insan yang lebih berguna. terima kasih ayah, kami sayang ayah.

Ayah juga tukang jahit terhebat dalam hidup aku. dulu, semasa aku dan ayah ke rumah pak ngah, sepupu seusiaku menunjukkan teddy bear dia yang besar dan cantik. tak payah cakap lah, hati aku meronta-ronta nak main anak patung macam tu. tapi perasaan tu aku pendam dalam hati, entah..mungkin aku dah tau ayah tak mungkin beli benda macam tu. tapi dua tiga hari selepas tu ayah menghadiahkan aku anak patung yang begitu istimewa! anak patung buatan ayah. teddy bear yang ayah jahit sendiri. mungkin ayah dapat rasai apa yang ada dalam hati aku, tapi waktu tu ayah tak mampu belikan aku mainan sebegitu. walaupun tidak secantik teddy bear sepupu aku, tapi buatan ayah cukup istimewa buat aku. itulah hadiah yang paling istimewa yang pernah aku terima seumur hidup ini. terima kasih ayah. saya sayang ayah!

ayah adalah segala-galanya buat kami. terima kasih Allah, kerana menitipkan kasih sayangMu melalui ayah. semoga Engkau mengasihi ayah sebagaimana ayah mengasihi kami. Allah, panjangkanlah umur ayah, berilah masa yang secukupnya untuk kami membahagiakan ayah. kerana kami juga turut mempunyai impian untuk memberi ayah sebuah kebahagiaan, walau tidak dapat menandingi pemberian ayah YANG TIDAK TERNILAI.

buat ayah, terima kasih kerana menjadi seorang ayah untuk kami. terima kasih kerana memberikan kami sebuah kehidupan yang cukup indah tanpa merasa sedikit kekurangan walaupun kita tidaklah kaya dengan wang dan harta dunia. terima kasih kerana melengkapkan hidup kami dengan bekalan dunia dan akhirat. terima kasih kerana membimbing dan membahagiakan ibu dan kami. kami bangga menyebut ayah sebagai ayah. 

maafkan kami andai sering khilaf dan melukakan hati ayah. SUNGGUH, tiada secebis niat dihati kami untuk melukai hati ayah, insan yang sangat kami sayangi di dunia, dan akhirat.

InsyaAllah, anakmu sedang berusaha menjadi anak solehah seperti yang ayah dambakan. Ayah bersabarlah. suatu masa di puncak kejayaan, akan aku katakan akulahlah Siti Aisyah, anak solehah kebanggaan ayah dan kerinduan ibu. dan aku yakin, itulah hadiah terindah yang paling ayah nantikan.

selamat ulang tahun, Ayah.

Dalam setiap liku perjalanan ku
sentiasa ada kamu

Kau buat aku gagah
untuk terus melangkah

Bicara mu yang tulus
membuat aku sentiasa lurus

Kau dian terang dalam kelam
membuat aku cinta dalam tenteram...

Selamanya!
terima kasih untuk segalanya..





-Alang cantik