graphic

Thursday 12 September 2013

IMPERFECTION IS BEAUTIFUL


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat hati dan kalian” [HR Muslim]

ENTAHLAH,
sesuatu untuk direnungkan mungkin, jujurnya aku tak faham, keliru. bagaimana boleh wujud manusia yang membezakan manusia yang lain hanya disebabkan paras rupa, warna kulit, saiz tubuh badan, dan sebagainya. Hinanya mereka di mata manusia yang berperangai sedemikian rupa ya? barangkali  sebagai manusia yang sedang mendaki tangga kematangan. masih banyak yang perlu mereka pelajari tentang erti kehidupan yang sebenar-benarnya.

memang, semua itu lumrah. manusia..malah kita semua makhluk akan tertarik dengan sesuatu yang cantik, kelihatan indah dimata kita. aku tak nafikan, semua itu sunnatullah. namun mereka lupa, golongan yang kelihatan sedikit kekurangan di mata mereka ini tidak seharusnya dipinggirkan, dihina, dipandang rendah, ibarat mereka tidak mempunyai hati!


mungkin..mereka lupa, Rupa hanya sekadar lambang pengenalan diri kita. Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki. kecantikan hakiki, terletak di hati…tempat pertama jatuhnya pandangan Allah untuk setiap insan.


kamu..kamu, dan kamu! 

yang merasakan diri tidak cukup cantik, tidak cukup menawan, dan segala kekurangan yang membelenggu diri sehingga terasa diri begitu terpinggir dari arus kehidupan yang sepatutnya.

please, bangkit !

lupakah kalian, kita mempunyai Sang Pencipta yang maha adil, maha pengasih. DIA lebih mengerti apa yang terbaik buat kita. malah setiap insan telah ditetapkan rezeki masing-masing. setiap kurniaan dariNya pasti sahaja ada hikmahnya yang mungkin sahaja tidak terfikir oleh akal kita.

cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik alisnya, mancung hidungnya, mulis kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan  adalah terpulang kepada mata yang memandang.Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, insyaallah segala kegelisahan akan terpadam.


segala yang kita miliki adalah kurniaan Pencipta. kita bertanggungjawab untuk mempertahankan apa yang dianugerahkan! biar siapapun yang mencaci, biar seberat apa pun ujian yang kita tempa, kekalkan kita sebagai kita! mereka tidak lalui jalan yang kita tempa, mereka tidak merasai apa yang kita rasa. jadi dimana hak mereka untuk menilai? selagi kita menghargai, memelihara, dan menjaga amanah ini dengan tulus, selagi konflik kita dengan Pencipta tiada, sedarlah..kita tetap cantik! pedulikan mereka yang merasa sempurna, merasakan dirinya lebih segalanya..senyum. Allah lebih tahu betapa cantiknya kamu, dan mereka!


bersih dari hati akan terzahir pada wajah, pada perbuatan, pada tutur kata. maka dari itu, segalanya akan nampak indah dan menyenangkan kepada insan-insan di sekeliling. usah risau teman, akan ada yang menghargai dan menyedari betapa cantiknya dirimu, betapa indahnya iman dihatimu. Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.  Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga. syukuri, lindungi, dan hargailah amanah dari Penciptamu, kerana itu adalah anugerah terindah. mungkin kerana kekurangan itu akan menjadi satu kelebihan pada akhirnya. siapalah kita untuk mempersoalkan anugerah Pencipta..


ketahuilah bahawa aku sangat mengerti apa yang kamu lalui. Barangkali tidak berada di tempat kamu, tapi aku sangat mengerti dibezakan oleh masyarakat dan oleh orang sekeliling aku disebabkan oleh paras rupa.


Sukakah kalau kau dinilai tidak tentu hala?
Jadi jangan mula menilai dan menghukum ikut suka.


No comments:

Post a Comment