graphic

Monday 7 April 2014

UMMAH ?


lihat sahaja sekeliling kita. apa pandangan kita pada ummah ketika ini?


disini, pelajar-pelajar sekolah sahaja sudah terlalu berani bertindak keterlaluan. berpegangan tangan, berpelukan dengan pasangan, pakaian usah cerita. itu baru pelajar sekolah, belum disentuh kelompok yang lain. kadang-kadang tindakan mereka tak tercapai dek akal kita sendiri. malah golongan yang bijak bestari, berpendidikan juga tidak terkecuali mengambil bahagian. itu bukanlah sesuatu yang pelik untuk kita perkatakan disini. kan?


di suatu tempat, ada ummah sedang leka dengan keindahan dunia, ada ummah yang sedang asyik dengan harta dan kuasa.


di suatu tempat pula ada ummah yang sedang berjuang menuntut keadilan. ada ummah yang sedang membesar dengan suburnya kecintaan terhadap Ilahi, ada ummah yang hidup dalam penuh pengharapan, ada ummah yang sedang kelaparan dek zalimnya golongan yang bertuhankan syaitan. ada ummah sedang berpecah belah dek fitnah yang semakin melebar, ada ummah yang sedang lalai dengan kemewahan dunia yang sementara sehingga tidak nampak akhirat yang bakal ditempa.


Entahlah, terlalu banyak isu yang sedang melanda ummah..tapi satu sahaja yang nak aku tekankan disini, bila mana kita menyebut ummah..kita kena ingat kita pun sebahagian dari ummah. bila mana kita kata masalah ummah, kita pun sebahagian dari masalah itu..


senang cerita kita sedang kata Ummah ini BERMASALAH, hakikatnya kita juga berMASALAH kerna kita sebahagian dari UMMAH..


tapi apa tindakan kita pada waktu ini? suatu ketika kita juga akan turut dihisab. apakah sumbangan kita terhadap ummah? dalam golongan manakah kita berada?

mungkin sudah tiba masanya kita sedar. apabila kita melihat masalah yang melanda ummah hari ini, itu adalah sebahagian daripada cerminan diri kita sendiri. mungkin kita juga ada masalah ?

oleh itu, ingin aku tekankan, sudah tiba masanya kita bersatu. bersatu untuk menjadi ummah yang lebih kuat menghadapi hari mendatang yang semakin rancak dengan cabaran.


ingat teman,

tangan kanan itu kuat bukan kerana tangan kanan itu kuat dengan sendiri, tapi kerana tangan kiri tidak diguna dengan baik. begitu juga kebatilan itu kuat bukan kerna dia kuat, tapi kerana kebenaran itu tidak diguna dengan baik. 

benar kata HR. Imam Muslim, “Mukmin itu dengan mukmin yang lain itu bagaikan sebuah bangunan. Sebagian menguatkan bagian yang lain”.

ummah, maafkan aku yang terleka..

Kerana aku..
dunia ku digoncang derita.
Kerana aku..
Ummah hidup terseksa.

Kerana aku..
murka melanda..
Kerana aku..
Musibah menimpa..

kerana aku..
Kebatilan naik berkuasa..
kerana aku..
Kebenaran tiada makna..

Kerana aku..
sang anak hilang keluarga..
Kerana aku..
Sang tua menjadi mangsa..

Kerana aku..
Pejuang dipenjara..
Kerana aku..
Pejuang dihukum tanpa bicara..

Kerana aku..
dunia menjadi neraka..
Kerana aku..
Hidup tidak lagi bermakna..

Ini Kerna Aku..
Yang lupa padaMU..
Yang tinggal hukumMU..
Yang bermain dengan amanahMU..
yang tidak bersungguh dengan dakwahMU..

Ini semua Kerana Aku..


No comments:

Post a Comment