graphic

Tuesday, 25 September 2012

cinta Yusuf dan Zulaikha

Assalamualaikum w.b.t..


"Dengan Nama  Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"




Syukur, Alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan utk menikmati alam indah ciptaanNya.. berterima kasih juga kepada ibu dan ayah yang sudi melahirkan, dan membesarkan aku hingga aku mampu berada ditempat ini. insyaAllah.. aku akan berusaha yang terbaik untuk menjadi anak solehah yg  dirindui ayah dan ibu. eh..melalut la plak! (ehe..)


sebenarnya, tujuan aku tulis entry ni just nk bg pndapat aku tntg kisah cinta nabi Yusuf a.s dan Zulaikha.. time aku duk godek2 belog2 orang td, aku ade terbace satu entry yg mnceritakan kisah cinta yusuf dan zulaikha.. smangat la aku bace, tp sayang..aku sedih sangat sebab penulisnya mungkin tak tahu kesudahan kisah cinta Agung tu.. 


dalam entry tu ade tulis "Yusuf dan Zulaikha kononnya, kisah cinta agung. Kononnya ia lebih agung dari Romeo dan juliet, Laila dan Majnun. Begitulah menurut puisi Sufi Parsi.Kepada bakal-bakal pengantin, ada baiknya persandingan saudara saudari tidak diiringi doa yusuf dan Zulaikha."

tibe2 je aku rase mcm angin semacam ja bace kesimpulan entry beliau..huhu..(mati la kalu tuan dy baca!)

dalam entry tu just mnceritakan kisah sebelum Zulaikha beriman kepada ALLAH. memang betul, masa tu Zulaikha menjadi hamba nafsu, Zulaikha dikutuk kerana jatuh cinta kpd anak ankatnya sendiri, malah telah memfitnah nabi YUSUF. tapi semua tu sebelum Zulaikha beriman kepada ALLAH..


aku ada baca kisah ni dlm 1 buku mase form 4 xsilap aku.. yang aku ingat, bila masa telah lama berlalu, zulaikha telah berpisah dgn suaminya..beliau telah kehilangan segalanya. harta, pangkat, malah telah menjadi seorang perempuan tua yang telah pudar kecantikannya. pada masa itu Nabi Yusuf telahpun menjadi pemerintah.


segala keperitan yang telah dilalui Zulaikha telah banyak memberi pengajaran kepadanya. Alhamdulillah..dengan izin Allah beliau telah mendapat hidayahNya. Zulaikha telah beriman kepada Allah! begitu besar harga yang dibayar Zulaikha untuk mengecap kemanisan iman. Namun, Zulaikha masih merindui yusuf dan Allah jualah tempat Zulaikha mengadu. Zulaikha pasrah..dia sedar segalanya telah diatur sebaiknya oleh yang maha PENCIPTA!


pada suatu hari, nabi Yusuf keluar menaiki unta untuk melihat kehidupan masyarakatnya, beliau melihat Zulaikha berdiri di hadapan rumahnya. raut wajah zulaikha yang telah dimamah usia menghalang Nabi yusuf dari mengenalinya. lalu dengan penuh simpati beliau terus bertanya, " wahai perempuan tua, siapakah namamu,  dan apakah hajatmu? nescaya aku berjanji akan menunaikannya". 


lalu Zulaikha tunduk dan menjawab, " tidakkah engkau mengenaliku? aku adalah Zulaikha, dan aku mahukan harta, paras rupa, dan dirimu..nikahilah aku"  yusuf a.s tergamam dan terus berpaling untuk pergi. tidak pernah terfikir untuk mengahwini seorang perempuan tua! lalu malaikat jibril berbisik " bukankah engkau telah berjanji kepadanya? adakah engkau ingin tergolong dalam golongan munafik?" 


yusuf a.s lalu beristighfar dan memohon keampunan Allah.. beliau pun pasrah mengahwini Zulaikha. Sungguh ALLAH maha berkuasa, maha pengasih, maha penyayang.. pada hari perkahwinan mereka, Zulaikha menjadi jauh lebih rupawan, dan jauh lebih muda dari sebelum ini! Yusuf a.s merasakan cinta yang tidak berbelah bagi kepada isterinya.


setelah melaksanakan solat sunat pada malam pertama mereka, yusuf a.s terus berbaring di tempat tidur dan mengajak isterinya bermesra. sudah tidak tertanggung rasa kasih kepada isteri tercinta. namun dengan senyuman manis Zulaikha menolak kerana masih ingin sujud kepada maha PENCIPTAnya. baru sahaja Zulaikha menoleh untuk berlalu, Yusuf a.s telah menarik baju isterinya sehingga sedikit terkoyak!


lalu malaikat Jibril tersenyum dan berkata " sesungguhnya baju dibalas baju "


lebih kurang mcm ni la citenye seingat aku.. klu nk lbeh detail lg, korang sume dialu2kan bace trjemahan surah yusuf.. hehe


sungguh, jatuh cinta itu tidak salah! rasa untuk disayangi, untuk menyayangi, itu lumrah! Allah telah menganugerahkan rasa cinta dihati kita semua. cinta itu adalah suci. cinta itu benar. namun terkadang sikap kita sendiri, yang telah menghumban cinta yang suci itu ke lembah kehinaan. jika benar cinta, berdoalah, mohon kepada PENCIPTA supaya kita disatukan dengan dia yang kita cintai. Islam itu mudah. islam itu mengajar dan menjaga. INSYAALLAH..cinta sejati milik kita semua :).  wallahuAllam

#teringin nak bubuh sekali doa zulaikha tu.. tp da mcm panjang sgt entry ni, nt2 la ea..hek3 :p



6 comments:

  1. =') Indah cinta yang dirahmati Allah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..insyaAllah kita smua jugk bleh.. :)

      Delete
  2. wah best entry ni..baru tau cerita nabi yusuf dan zulaikha dengan lebih detail.thanks

    ReplyDelete