graphic

Sunday, 23 March 2014

S.A.B.A.R




Bersendiri mengajar kita lebih berani.
Tanpa mengharap mendidik kita lebih ikhlas dan kuat. 
Kita tidak pernah sunyi, 
kerana pada kita sentiasa ada Pemerhati....


La Tahzan :')



Thursday, 13 March 2014

raja, petani dan helang

Assalamualaikum w.b.t

sebenarnya, dah dua tiga hari aku mengeluh. kol emak dengan ayah kat kampung, depa cakap sabar, nanti-nanti biasa lah tu.. luah dekat kakak-kakak, depa cakap kamu boleh! tapi aku.. errgh, depa xfaham..

aku takut! subhanallah..sejak dari zaman sekolah, degree, sampai sekarang pun, knapa aku tak pernah ada keyakinan diri nak bercakap di khalayak ramai? nak buat keputusan sendiri, nak buat kerja tanpa bantuan orang lain, nak berdikari ! inilah kelemahan aku.

jika dulu, aku selalu punyai mereka. subhanallah aku rindu.

tapi sekarang semuanya dah berbeza. masa telah berlalu, musim sudah berubah, begitu juga dengan aku. aku sedar keadaan, suasana, persekitaran, teman-teman, semuanya akan lebih berbeza. atau dengan kata lain, dunia sekarang kelihatan lebih berbeza. 

kerana aku semakin dewasa.

berdiri tanpa mereka yang selalu ada untuk aku. memang niat aku untuk belajar berdikari, tapi sampai satu ketika aku rasa dugaan ni semakin memberat. begitu besar cabaran untuk berdiri diatas kaki sendiri. salahkah langkah aku kali ini? mungkin jalan ini bukan untuk aku.. aku tak mampu Allah..

aku terbaca seuah cerita dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. begitu bijak ayahanda menyunting kisah. seakan memahami setiap kesah di hati, meniup semangat untuk aku terus bangkit berdiri. terima kasih ayahanda :')

***

Pada satu ketika dahulu, seorang raja menerima hadiah dua ekor helang yang tercantik di dunia.

Raja menyerahkan dua helang tersebut untuk dilatih oleh seorang pengawal diraja yang mahir dengan burung.

Bulan berlalu, pengawal itu memaklumkan kepada Raja, hanya seekor helang sahaja yang terbang anggun di langit, dan seekor lagi hanya hinggap di dahan pokok diraja tidak mahu bergerak.

Raja yang bimbang dengan keadaan helang tersebut mencari bomoh, pawang dan juga doktor untuk mengkaji mengapa helang kedua bersifat demikian.

Namun demikian, helang kedua masih tidak mahu bergerak daripada dahan diraja yang dihinggapnya walaupun pelbagai cara digunakan.

Kebuntuan, Raja memikirkan untuk mencari jawapan dari luar istana. Raja mengarahkan agar membawa balik seorang petani yang memelihara helang di tepi gunung.

Petani dibawa balik pada waktu malam. “Bantu beta rawat helang di atas dahan itu. Pastikan ia terbang seperti helang yang seekor lagi.”

Subuh besok, raja bangun dan melihat ke luar tingkap dan terlihat dua ekor helangnya sedang terbang anggun di langit.

Raja yang sangat gembira terus mencari petani untuk mendengar petuanya.

“Bagaimana tuan buat helang kedua terbang?”

“Mudah saja tuanku. Patik potong dahan yang sedang dihingapnya,” jawab petani.

Wahai anakku,
Kamu dilahirkan ke dunia ini dan dikurniakan dengan potensi pelbagai. Akan tetapi kamu tidak akan mengetahui potensimu sekiranya kamu takut meninggalkan dahan selesamu.

Kadangkala Allah sedang mematahkan dahan tersebut supaya kamu terbang semula. Kadangkala kamu sendiri yang perlu patahkan dahan tersebut untuk meneruskan usaha kamu menimba pengalaman hidupmu.

Senyum.


jadi ini bermakna aku sedang meninggalkan dahan yang selesa, untuk menguji sejauh mana potensi sendiri. untuk menimba pengalaman baru dalam hidup yang sukar. and indeed, Allah sentiasa ada bersama aku walaupun tanpa mereka.

Saturday, 1 March 2014

kerana kita adalah sama ~

TUKK..TUKK..TUKK..
Assalamualaikum..

TUK.TUKK..TUKK..


ergghh..solat aku terganggu!
naseb baik dah rakaat terakhir, seusai berdoa, aku angkat juga tubuh dengan malas pegi bukak pintu.

"nasik lemak karipap dik.." dengan senyum manis sorang makcik tercegat kat depan pintu bilik. "ehh? selalunya bukan mkcik ni yang jual..mungkin kakak dia yang ganti kot hari ni," 
aku senyum dan menolak, kalau bkn sebab perut dah kenyang..aku mmg dah beli. maaflah makcik..saya dah makan..

"takpa lah dik..".. dengan senyuman mak cik tu berlalu ke bilik sebelah, dia nampak penat. aku yang muda ni pun penat naik tangga sampai tingkat tiga ni, ni kan pula mak cik yang 50-an dah, siap bawak beg plastik besar lagi. kesian makcik..


pintu bilik aku yang masih terbuka memberi ruang kpd telinga aku dan rumate utk mndengar ketukan makcik di bilik sebelah pula. salam diberi tidak bersahut, makcik masih ketuk lagi. benar-benar bersungguh mak cik berniaga walau kepenatan. ketumm!!
rumate aku yang sedang bergolek kat katil terus terbangun! kenapa tu kak? kenapa??
beliau yang agak kalut bertubi-tubi menyoal aku yang turut terpinga-pinga. mana tidaknya, bunyi pintu bilik dihempas menggegar portion A 5 tingkat di DPP ***! 

kami berebut-rebut membuka pintu bilik dengan lebih luas untuk melihat kejadian sebenar yang menyebabkan gegaran tersebut berlaku. kelihatan mak cik tadi sedang membaiki posisi beg plastik berisi nasik lemak dan karipap beliau dengan riak yang sedih, menyebabkan perasaanku dan rumate disisi sedikit terganggu. kami mendekati makcik dengan perasaan yang berbaur, "mak cik okei tak? knp ni ? " soal kami serius. "xdak apa aih dik..kesian depa nak study mak cik ganngu depa, xpa la..hihi" dengan senyuman kelat mak cik menjawab sambil berlalu pergi bersama beg plastik yang kelihatan semakin berat dibahunya. kami sedar, pada hakikatnya bukan beg itu yang bertambah berat, tapi kerana luka dihati, perasaan hiba didada yang melemahkan fizikalnya. dan kami, hanya mampu memandang dari kejauhan dengan perasaan yang berbolak-balik.

disini, tujuan aku hanyalah nak menyatakan rasa kecewa, sedih, terhiris, dengan segelintir sahabat yang sedikitpun tiada belas, apatah lagi hormat kepada mereka golongan yang lebih tua, golongan yang miskin mungkin, pada pandangan mereka.


yep..mungkin mereka tidak belajar tinggi seperti kamu (kononnya), mereka tidak hidup senang seperti kamu, yelah..xpayah jual nasik lemak, boleh belajar di universiti (dengan pinjaman ptptn ja pon ehh), boleh pkai baju lawa-lawa..yelah, xpyah pakai uniform cleaner. tapi sedar tak kamu, kemungkinan kedudukan mereka lebih mulia dipandangan Allah berbanding kita! disini mungkin kamu merasa tempat kamu lebih best dari mereka, tapi di akhirat yang selamanya nanti dimana tempat kamu?

tak payah tunggu di akhirat nanti pun, kat atas dunia ni pun kita tak tahu apa yg akan jadi pda masa depan kita kan teman-teman. kan mengaji tinggi katanya, takkan tak penah dengar kata pepatah? "hidup ini ibarat roda, seketika kita diatas dan seketika kita akan merasa pedihnya berada dibawah". its all about time ok teman-teman. apa salahnya kita menghormati yang lebih tua, atau yang lebih rendah pangkat dan kedudukannya dari kita. kerana mereka juga manusia yg ada hati dan perasaan yang boleh terluka dan kecewa dengan kata-kata dan tindakan yang tidak sepatutnya. lebih-lebih lagi dari kamu yang kononnya lebih berpelajaran, lebih bernasib baik di dunia ini. tak kan lah setakat ini sahaja peribadi yang mampu kamu, kita tonjolkan? come on sahabat-sahabat sekalian, we are better and better than that !

kerana yang dinilai disana bukannya kedudukan, bukannya rupa, bukan harta kamu. tetapi iman, amal, dan hati yang mencintai Ilahi.

sekian.






3.35 a.m
27 julai 2013



jalan untuk aku



bekas tapak kaki ada di belakang, semakin lama semakin kabur, mungkin disapu angin yang berterbangan. Namun, di hadapan langkah masih tidak berbekas, haluannya juga tidak jelas. maha besar Allah..langkah aku terhenti disini, satu perhentian yang amat sunyi.

lalu dimana? dimana semuanya?
impian, harapan, dan cita-cita yang menggunung..untuk apakah sebenarnya?

aku buntu..keliru.. 

lalu aku tatap mata ayah. 
disini, aku dapati ada segalanya. impian ini bukan untuk aku semata-mata, bukan milik aku sendiri pada dasarnya. ianya juga milik ayah, milik ibu, milik insan-insan kesayangan yang selalu mendoakan kejayaan aku.

lalu..
aku kukuhkan azam dihati. impian dan cita-cita ini harus aku gapai walau dengan apa cara sekalipun. kerana ianya milik aku dan mereka. biar sedikit penat, biar aku lelah berusaha, kerana kata mereka.. segala yang pahit akan menjadi manis akhirnya.

kini aku terus melangkah. semestinya dengan senyuman yang mekar berbunga. kerana aku tahu, ayah, ibu dan mereka sentiasa ada menemani lelahku, doa mereka sentiasa menghapus debar aku. dan kasih mereka membuat aku lebih kuat untuk meneruskan perjalanan ini. perjalanan untuk sebuah senyuman bangga seorang ayah, sebagai bukti kasih untuk seorang ibu.

kerana setiap langkah ini untuk Allah, ayah, ibu, dan mereka..
ini jalan yang aku pilih.

lalu menapak aku dengan hati yang berserah. Kemana-mana pun kaki melangkah, semoga jalan ini dipandu oleh Allah..








Tuesday, 8 October 2013

harapanku kepada bintang "

sejenak merenung hamparan langit, aku mulai sedar betapa jauhnya aku..dan bintang!

malah aku sedar, impian untuk mencapai bintang itu umpama mimpi di dalam mimpi. hanya impian kosong seorang yang daif tanpa mengamati lumrah dunia. bintang itu, tidak akan dapat aku gapai walau sebesar mana harapan yang disemai, itu realiti.


bintang..

sinarnya mempesonakan dari kejauhan. Anganku, alangkah berbahagianya aku untuk memiliki bintang. pesona hamparan bintang kutatap dari kejauhan. lalu dengan rela aku taburkan senyum yang indah membalas senyumnya bintang kepadaku.

sekian lama, aku mengharapkan bintang untuk  bersama-sama melalui hari-hari indah. aku mengimpikan hidup yang sempurna diterangi bintang yang bergemerlapan. namun aku terlupa sesuatu, bintang tidak akan sekali-kali turun ke bumi dengan kerelaannya. untuk bersama aku bererti bintang harus merelakan dirinya kehilangan sinar yang selama ini membuatkan dirinya begitu terang dan mempesonakan mereka yang merenungnya. malah aku juga keliru, adakah pesona aku terhadap bintang akan tetap utuh andai bintang kehilangan sinarnya? 

tapi kata mereka, cinta itu tiada syaratnya. aku berazam, andai bintang enggan mengorbankan sinarnya yang mempesona, kenapa tidak aku yang berusaha untuk berada disisi bintang? lalu aku dengan penuh kecintaan berusaha sehabis daya untuk terbang kepada bintang di kejauhan. tapi..apa daya aku sebagai manusia biasa yang lemah. bintang itu, tiada daya untuk aku menggapainya. lalu aku terus berharap dan berharap untuk sampai kepada bintang. saban malam aku merenung bintang dengan penuh harapan. masa pun terus berlalu, sang bintang tetap  juga tidak ingin turun ke bumi kerana takut kehilangan apa yang selama ini dia miliki tanpa pernah berfikir bahawa dirinya kesepian berada di langit yang paling jauh dari bintang-bintang yang lain.Mungkin bintang juga telah dibutakan dengan bergelimpangnya sinar-sinar paling mahal dan paling indah dijagat alam semesta. Hingga akhirnya melupakan ada manusia yang selama ini telah menunggunya di bumi. Bintang seakan telah dibutakan oleh cinta dan juga harta.

namun kematangan menyedarkan aku, bintang yang indah sinarnya itu bukanlah benar-benar sempurna untuk aku. sudah waktunya aku melepaskan segala pengharapan atas segala sesuatu yang menjadi ilusi seumur hidup aku. aku yang khilaf. meletakkan takdir pada impian, bukan pada Tuhan. Allahurabbi..

bintang itu,
indahnya hanyalah sekadar dari kejauhan. aku sedar, sinarnya akan membakar disaat aku mendekati. bintang itu, bukan untuk aku miliki sejak dari mulanya. memiliki bintang hanyalah sekadar ilusi yang mampu melukakan setiap inci hati dan jiwa. lalu dimana relevannya untuk aku menggantung angan untuk memiliki bintang? 

benar kata Laksamana Sunan, "Bintang..andai dapat digapai, maka saktilah hamba.."







Sunday, 6 October 2013

munajat seorang hamba

Dikala malam sunyi sepi 
Bani insan tenggelam dalam mimpi 
Musafir yang malang ini pergi membasuh diri 
Untuk mengadapMu oh Tuhan 

Lemah lutut ku berdiri 
Di hadapan mu tangisanku keharuan 
Hamba yang lemah serta hina 
Engkau terima jua mendekati 
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu 

Tuhan hamba belum pasti 
Bagaimana penerimaan-Mu 
Dikala mendengar pengaduanku 
Ku yakin Kau tak mungkiri 
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan 
Kau berjanji menerima pengaduanku 

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku 
Dari segala dosa yang ku lakukan 

Ampunan-Mu Tuhan 
Lebih besar dari kesalahan insan 
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan 
Bukan tidak redha dengan ujian 
Cuma hendak mengadu pada-Mu 
Tempat hamba kembali nanti di sana




Thursday, 12 September 2013

IMPERFECTION IS BEAUTIFUL


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..


“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa fizikal kalian akan tetapi Allah SWT melihat hati dan kalian” [HR Muslim]

ENTAHLAH,
sesuatu untuk direnungkan mungkin, jujurnya aku tak faham, keliru. bagaimana boleh wujud manusia yang membezakan manusia yang lain hanya disebabkan paras rupa, warna kulit, saiz tubuh badan, dan sebagainya. Hinanya mereka di mata manusia yang berperangai sedemikian rupa ya? barangkali  sebagai manusia yang sedang mendaki tangga kematangan. masih banyak yang perlu mereka pelajari tentang erti kehidupan yang sebenar-benarnya.

memang, semua itu lumrah. manusia..malah kita semua makhluk akan tertarik dengan sesuatu yang cantik, kelihatan indah dimata kita. aku tak nafikan, semua itu sunnatullah. namun mereka lupa, golongan yang kelihatan sedikit kekurangan di mata mereka ini tidak seharusnya dipinggirkan, dihina, dipandang rendah, ibarat mereka tidak mempunyai hati!


mungkin..mereka lupa, Rupa hanya sekadar lambang pengenalan diri kita. Tetapi bukan ukuran kecantikan akhlak yang dimiliki. kecantikan hakiki, terletak di hati…tempat pertama jatuhnya pandangan Allah untuk setiap insan.


kamu..kamu, dan kamu! 

yang merasakan diri tidak cukup cantik, tidak cukup menawan, dan segala kekurangan yang membelenggu diri sehingga terasa diri begitu terpinggir dari arus kehidupan yang sepatutnya.

please, bangkit !

lupakah kalian, kita mempunyai Sang Pencipta yang maha adil, maha pengasih. DIA lebih mengerti apa yang terbaik buat kita. malah setiap insan telah ditetapkan rezeki masing-masing. setiap kurniaan dariNya pasti sahaja ada hikmahnya yang mungkin sahaja tidak terfikir oleh akal kita.

cantik atau tidak seseorang itu bukan terletak pada lentik alisnya, mancung hidungnya, mulis kulitnya atau apa-apa sahaja, namun kecantikan  adalah terpulang kepada mata yang memandang.Syukuri, kembalikan semuanya pada Allah SWT, insyaallah segala kegelisahan akan terpadam.


segala yang kita miliki adalah kurniaan Pencipta. kita bertanggungjawab untuk mempertahankan apa yang dianugerahkan! biar siapapun yang mencaci, biar seberat apa pun ujian yang kita tempa, kekalkan kita sebagai kita! mereka tidak lalui jalan yang kita tempa, mereka tidak merasai apa yang kita rasa. jadi dimana hak mereka untuk menilai? selagi kita menghargai, memelihara, dan menjaga amanah ini dengan tulus, selagi konflik kita dengan Pencipta tiada, sedarlah..kita tetap cantik! pedulikan mereka yang merasa sempurna, merasakan dirinya lebih segalanya..senyum. Allah lebih tahu betapa cantiknya kamu, dan mereka!


bersih dari hati akan terzahir pada wajah, pada perbuatan, pada tutur kata. maka dari itu, segalanya akan nampak indah dan menyenangkan kepada insan-insan di sekeliling. usah risau teman, akan ada yang menghargai dan menyedari betapa cantiknya dirimu, betapa indahnya iman dihatimu. Mungkin sesuatu itu biasa sekali di pandangan mata, tetapi sangat indah di pandangan mata hati.  Kecantikan fana akan lenyap di telan masa, tetapi kesolehan yang dipelihara akan membawanya ke syurga. syukuri, lindungi, dan hargailah amanah dari Penciptamu, kerana itu adalah anugerah terindah. mungkin kerana kekurangan itu akan menjadi satu kelebihan pada akhirnya. siapalah kita untuk mempersoalkan anugerah Pencipta..


ketahuilah bahawa aku sangat mengerti apa yang kamu lalui. Barangkali tidak berada di tempat kamu, tapi aku sangat mengerti dibezakan oleh masyarakat dan oleh orang sekeliling aku disebabkan oleh paras rupa.


Sukakah kalau kau dinilai tidak tentu hala?
Jadi jangan mula menilai dan menghukum ikut suka.