graphic

Wednesday 12 November 2014

Hari Jubah Saya




Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, Sang Pemilik yang menciptakan semua yang ada dilangit dan dibumi. Akhirnya, setelah hampir empat tahun bertungkus lumus menceduk secebis ilmu di bumi Universiti Utara Malaysia yang penuh barakah ini, telah tiba masanya menjalani “ritual pembebasan” yang paling dinanti setiap mahasiswa mahasiswi.

Namun anehnya, semakin dekat ritual tersebut, semakin sayu rasanya hati ini mengenangkan setiap detik, setiap jatuh dan bangun, tangis dan tawa yang telah dilalui di bumi ini. segalanya tidak akan ada galang gantinya walau seluas mana bumi yang akan aku dan mereka jejak selepas ini. Aku pasti.

Takdir tertulis, ibu yang sangat aku sayangi diberi ujian kesihatan hampir 3 minggu sebelum majlis konvokesyen. Saat itu, hati ini mungkin sedikit kecewa kerana aku tahu ibu tidak mungkin dapat menghadiri majlis itu bersama. Namun tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu kembali sihat, malah lebih sihat dari sebelumnya. Sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada achik yang mengorbankan kerjaya dan cita-cita untuk menjaga ibu dirumah.

Segalanya berlaku tidak seperti yang aku impikan. Keluarga berkemungkinan tidak dapat menghadiri majlis itu bersama. Aku redha. Kesihatan ibu lebih penting dari segalanya. Oleh kerana mood konvokesyen kian pudar, segala persiapan aku settle last minute. Tambahan pula aku kian sibuk dengan mid term, presentation, dan due assignment yang semakin hampir.

Pernah juga terfikir untuk tidak hadir, tapi Alhamdulillah, semakin dekat majlis ibu semakin sihat. Dan yang paling menggembirakan, ayah menyatakan hasratnya untuk meraikan konvokesyen aku bersama. Malam itu juga aku packing barang dan beli tiket bas ke Utara dan menunggu ayah dan adik disana. Terima kasih kepada Kak Mard, Azie, Jihah, dan Eni yang banyak membantu preparation last minute itu. Kalut mencari baju, kasut, tiket, dan segalanya. Semuanya tidak mampu aku selesaikan tanpa bantuan kalian. Juga Amat berterima kasih kepada Pak Su yang sudi membawa ayah dan adik ke Utara.

Sangat-sangat bersyukur kerana Ayah dapat menghadiri mjlis ini bersama walaupun kebanyakan ahli keluarga yang lain tidak dapat bersama. Terima kasih Ayah, ibu, nenek, abang, kakak-kakak, adik-adik, dan semuanya. Segalanya adalah untuk kita bersama. Terima kasih kerana sentiasa disisi alang dalam setiap jatuh dan bangun. Terima kasih!

Saat melangkah ke UUM, hati ini berbaur dengan pelbagai rasa. Segala memori disini kembali menggamit hati dan jiwa. Setiap langkah yang diatur bagaikan menjejaki setiap inci pahit dan manis memori disini. Segalanya semakin dirindui. Kerana segalanya tidak mungkin akan berulang kembali. Memori..memori..

Disebabkan persiapan dibuat last minute, banyak pula lompang yang masih belum lengkap. Saat melangkah ke dewan, aku dapati kasut hitam yang dibeli tersangatlah longgar. Nasib menyebelahi aku bila ternampak buku konvokesyen disediakan di setiap tempat duduk. Terpaksa koyakkan sedikit untuk mengisi ruang yang longgar dalam kasut. Tak dapat dibayangkan jika kasut tercabut atas stage. Haha.

Saat menunggu giliran naik stage, terkenang seseorang yang pernah menjadi salah satu makhluk yang penting dalam hidup ini. andai, janji dahulu kamu tunaikan. Pastinya kita bersama-sama meraikan hari ini. biar kecewa dengan pilihan itu, aku masih mendoakan kebahagiaan dan kejayaanmu. Semoga kamu temui jalan yang membahagiakan. Kenangan itu sudah cukup terisi jauh di sudut hati ini.

“tahniah Siti, selamat Berjaya”

Erk! Spoil sungguh Tun ni.. beliau panggil Siti? Haha..

Terim kasih, terima kasih, terima kasih semuanya.. lecturer, sahabat-sahabat yang banyak membantu aku yang serba kekurangan ini, makcik-pakcik staf, Unit keselamatan, kucing-kucing area DPP YAB yang banyak membantu aku release tension, crush2 yang pernah menjadikan hidup aku lebih indah suatu masa dahulu (kihkih) dan semuanya. Terima kasih! Segalanya cukup indah disini. Perjuangan aku tidak berakhir disini, suatu masa pasti kita bertemu lagi. Walau seluas mana bumi yang akan aku jejak, Universiti Utara Malaysia akan tetap aku rindui. 


Sayonara UUM ! 

10 November 2014

Bachelor of Economics With Honours

inilah hari jubah saya!




2 comments: