graphic

Thursday 27 March 2014

selamat ulang tahun, AYAH !

28 MARCH 2014

genap 58 tahun umur ayah.


Ayah yang dicintai. Ayah yang dikagumi. Ayah yang dihormati. Ayah yang memberi erti segala-galanya dalam hidup aku.

terima kasih Allah, kerana memberi aku seorang ayah seperti ayah. terima kasih mak, kerana mengahwini seorang lelaki seperti ayah, terima kasih nenek kerana melahirkan anak yang soleh seperti ayah. terima kasih. terima kasih semuanya !

ayah. 

selepas datuk dan nenek berpisah, ayah membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. ayah membesar dengan tuk ngah. kadang-kadang dengan nenek. menginjak usia 8 tahun, ayah mula mencari datuk. Alhamdulillah. ayah disayangi mak tuk seperti darah dagingnya sendiri. kata ayah, dia sangat disayangi mak tuk. kami juga merasa begitu. terima kasih mak tuk. kasih sayang mak tuk sangat beerti buat ayah. buat kami.

di usia 10 tahun, ayah sudah tidak mampu meneruskan persekolahan. kesempitan hidup dan desakan tanggungjawab menjadikan ayah redha. ayah mula mencari rezeki sendiri. mencecah usia 13 tahun ayah sudah berhijrah ke Singapura untuk membanting tulang mencari rezeki. untuk membantu ibu dan adik-adik. ya, begitu berat beban yang ayah pikul. tapi aku bangga, seawal usia 14 tahun, ayah sudah mampu membeli sebidang tanah dan membina sebuah rumah untuk ibu dan adik-adiknya supaya mereka hidup dengan lebih sempurna.

Ayah yang bertanggungjawab. begitu juga terhadap isteri dan kami anak-anaknya. walaupun ayah hanya bersekolah sampai darjah 4, walaupn ayah hanya seorang petani, namun ayahlah guru pertama buat kami! mungkin tidak mahu kami merasai keperitan lalu yang pernah dirasai, ayah membesarkan kami dengan segala kemilikannya. mungkin tidak semewah orang lain, tapi ayah berusaha sehabis daya melengkapkan segalanya buat kami. untuk itu, terima kasih ayah..

Ayah guru mengaji, guru penulisan, guru matematik, guru pendidikan islam, semuanya ayah!
masih segar dalam ingatan, walaupun aku tak dapat masuk sekolah tadika macam jiran-jiran yang seusia aku, aku masih ada ayah. ya..walaupun sedikit tegas, Ayah dengan sabar mengajar aku membaca dan mengira. aku juga mampu belajar seperti mereka. malah lebih baik! kan dah cakap..ayah guru pertama aku yang paling hebat! waktu malam pula ayah mengajar kami mengaji. waktu mengajar mengaji, ayah paling digeruni kami adik-beradik. yelah..garangnya tak sama seperti semasa ayah mengajar kami membaca dan mengira. walaupun pada masa tu segala jenis rotan menjadi teman setia aku, abang dan kakak-kakak, tapi  semua itulah yang mengajar kami menjadi insan yang lebih berguna. terima kasih ayah, kami sayang ayah.

Ayah juga tukang jahit terhebat dalam hidup aku. dulu, semasa aku dan ayah ke rumah pak ngah, sepupu seusiaku menunjukkan teddy bear dia yang besar dan cantik. tak payah cakap lah, hati aku meronta-ronta nak main anak patung macam tu. tapi perasaan tu aku pendam dalam hati, entah..mungkin aku dah tau ayah tak mungkin beli benda macam tu. tapi dua tiga hari selepas tu ayah menghadiahkan aku anak patung yang begitu istimewa! anak patung buatan ayah. teddy bear yang ayah jahit sendiri. mungkin ayah dapat rasai apa yang ada dalam hati aku, tapi waktu tu ayah tak mampu belikan aku mainan sebegitu. walaupun tidak secantik teddy bear sepupu aku, tapi buatan ayah cukup istimewa buat aku. itulah hadiah yang paling istimewa yang pernah aku terima seumur hidup ini. terima kasih ayah. saya sayang ayah!

ayah adalah segala-galanya buat kami. terima kasih Allah, kerana menitipkan kasih sayangMu melalui ayah. semoga Engkau mengasihi ayah sebagaimana ayah mengasihi kami. Allah, panjangkanlah umur ayah, berilah masa yang secukupnya untuk kami membahagiakan ayah. kerana kami juga turut mempunyai impian untuk memberi ayah sebuah kebahagiaan, walau tidak dapat menandingi pemberian ayah YANG TIDAK TERNILAI.

buat ayah, terima kasih kerana menjadi seorang ayah untuk kami. terima kasih kerana memberikan kami sebuah kehidupan yang cukup indah tanpa merasa sedikit kekurangan walaupun kita tidaklah kaya dengan wang dan harta dunia. terima kasih kerana melengkapkan hidup kami dengan bekalan dunia dan akhirat. terima kasih kerana membimbing dan membahagiakan ibu dan kami. kami bangga menyebut ayah sebagai ayah. 

maafkan kami andai sering khilaf dan melukakan hati ayah. SUNGGUH, tiada secebis niat dihati kami untuk melukai hati ayah, insan yang sangat kami sayangi di dunia, dan akhirat.

InsyaAllah, anakmu sedang berusaha menjadi anak solehah seperti yang ayah dambakan. Ayah bersabarlah. suatu masa di puncak kejayaan, akan aku katakan akulahlah Siti Aisyah, anak solehah kebanggaan ayah dan kerinduan ibu. dan aku yakin, itulah hadiah terindah yang paling ayah nantikan.

selamat ulang tahun, Ayah.

Dalam setiap liku perjalanan ku
sentiasa ada kamu

Kau buat aku gagah
untuk terus melangkah

Bicara mu yang tulus
membuat aku sentiasa lurus

Kau dian terang dalam kelam
membuat aku cinta dalam tenteram...

Selamanya!
terima kasih untuk segalanya..





-Alang cantik




1 comment: