graphic

Thursday 13 March 2014

raja, petani dan helang

Assalamualaikum w.b.t

sebenarnya, dah dua tiga hari aku mengeluh. kol emak dengan ayah kat kampung, depa cakap sabar, nanti-nanti biasa lah tu.. luah dekat kakak-kakak, depa cakap kamu boleh! tapi aku.. errgh, depa xfaham..

aku takut! subhanallah..sejak dari zaman sekolah, degree, sampai sekarang pun, knapa aku tak pernah ada keyakinan diri nak bercakap di khalayak ramai? nak buat keputusan sendiri, nak buat kerja tanpa bantuan orang lain, nak berdikari ! inilah kelemahan aku.

jika dulu, aku selalu punyai mereka. subhanallah aku rindu.

tapi sekarang semuanya dah berbeza. masa telah berlalu, musim sudah berubah, begitu juga dengan aku. aku sedar keadaan, suasana, persekitaran, teman-teman, semuanya akan lebih berbeza. atau dengan kata lain, dunia sekarang kelihatan lebih berbeza. 

kerana aku semakin dewasa.

berdiri tanpa mereka yang selalu ada untuk aku. memang niat aku untuk belajar berdikari, tapi sampai satu ketika aku rasa dugaan ni semakin memberat. begitu besar cabaran untuk berdiri diatas kaki sendiri. salahkah langkah aku kali ini? mungkin jalan ini bukan untuk aku.. aku tak mampu Allah..

aku terbaca seuah cerita dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. begitu bijak ayahanda menyunting kisah. seakan memahami setiap kesah di hati, meniup semangat untuk aku terus bangkit berdiri. terima kasih ayahanda :')

***

Pada satu ketika dahulu, seorang raja menerima hadiah dua ekor helang yang tercantik di dunia.

Raja menyerahkan dua helang tersebut untuk dilatih oleh seorang pengawal diraja yang mahir dengan burung.

Bulan berlalu, pengawal itu memaklumkan kepada Raja, hanya seekor helang sahaja yang terbang anggun di langit, dan seekor lagi hanya hinggap di dahan pokok diraja tidak mahu bergerak.

Raja yang bimbang dengan keadaan helang tersebut mencari bomoh, pawang dan juga doktor untuk mengkaji mengapa helang kedua bersifat demikian.

Namun demikian, helang kedua masih tidak mahu bergerak daripada dahan diraja yang dihinggapnya walaupun pelbagai cara digunakan.

Kebuntuan, Raja memikirkan untuk mencari jawapan dari luar istana. Raja mengarahkan agar membawa balik seorang petani yang memelihara helang di tepi gunung.

Petani dibawa balik pada waktu malam. “Bantu beta rawat helang di atas dahan itu. Pastikan ia terbang seperti helang yang seekor lagi.”

Subuh besok, raja bangun dan melihat ke luar tingkap dan terlihat dua ekor helangnya sedang terbang anggun di langit.

Raja yang sangat gembira terus mencari petani untuk mendengar petuanya.

“Bagaimana tuan buat helang kedua terbang?”

“Mudah saja tuanku. Patik potong dahan yang sedang dihingapnya,” jawab petani.

Wahai anakku,
Kamu dilahirkan ke dunia ini dan dikurniakan dengan potensi pelbagai. Akan tetapi kamu tidak akan mengetahui potensimu sekiranya kamu takut meninggalkan dahan selesamu.

Kadangkala Allah sedang mematahkan dahan tersebut supaya kamu terbang semula. Kadangkala kamu sendiri yang perlu patahkan dahan tersebut untuk meneruskan usaha kamu menimba pengalaman hidupmu.

Senyum.


jadi ini bermakna aku sedang meninggalkan dahan yang selesa, untuk menguji sejauh mana potensi sendiri. untuk menimba pengalaman baru dalam hidup yang sukar. and indeed, Allah sentiasa ada bersama aku walaupun tanpa mereka.

4 comments: