graphic

Tuesday 15 May 2012


cebisan ilmu buatmu~~


Terdapat dua orang nelayan. Sorg penyembah berhala, dan sorg lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Masa nak menebar jala, yg menyembah berhala sebut nama berhalanya, manakala yg muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yg menyembah berhala dapat byk ikan, manakala yg muslim, xdpat seekor ikan pn..


Malaikat yang melihat keadaan itu tnya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yg telah berlaku? HambaMu yg menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yg banyak, sedangkan hambaMu yg menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”


ALLAH menjawab,

“ Yg menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yg pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yg beriman itu, AKU hendak memberi ganjaran syurga kpdanya, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”..


__________________________________________________________


apabila ditimpa sesuatu MUSIBAH atau menerima sesuatu NIKMAT, hendaklah ditanyakan kpd diri sendiri. "apakah pelajaran disebalik semua ini..?"


pandanglah semua yang berlaku ke atas kita, ada tujuan yg tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. kata ahli2 sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah'- didikan terus dari ALLAH..


Jika seseorg membuat kita marah,maka dia adalah guru yg hendak mengajar kita erti sabar, jika kita selalu kesempitan wang, maka itu tandanya kita harus bersedia belajar erti berjimat cermat..jika kita merasa seperti sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar utk membina sikap tidak terlalu mengharap..

Dan begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik..memang pada lahirnya, manusia, peristiwa, dan kejadian sedang menimpa kita, tetapi sedarlah, hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. semua berlaku dengan izin Allah, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita..maka terimalah didikan itu dengan baik kerana tujuanNYA mendidik jiga pasti baik..~~





No comments:

Post a Comment