graphic

Saturday 16 February 2013

Seluas cinta pencipta...



 Cinta..tidak semua memahami apa itu cinta. Tidak semua mengerti cinta itu bagaimana. Ianya dihati kita, untuk dinilai, untuk dirasa, untuk difahami, dan untuk disyukuri oleh kita insan kemilikan Allah.

Apa itu cinta? Ramai yang mengaku dilamun cinta, ramai yang merasakan dirinya dibuai cinta yang mengasyikkan, ramai yang merasakan dirinya cukup memahami apa itu cinta yang sebenar benarnya. Namun..jangan terrkilan jika aku katakana, ramai juga yang asyik membenci diri sendiri, merana, meratap, menyalahkan cinta? Benarkah?

Bagi aku pula..cinta itu seluasnya semesta. Tidak cukup dengan selautan air dibumi, tidak terbilang dek taburan bintang dilangit, tidak tergapai bak jauhnya rembulan. Begitu luasnya cinta..kerana apa? Kerana cinta itu apabila jiwa dan raga dipertaruhkan!

Apabila segala apa yang ada dipertaruhkan, Apa maknanya cinta?

Apabila kita cinta kepada Sang Pencipta, Dimanakah DIA dihati kita? Sejauh mana kita percaya pada DIA? Betapa besar kebahagiaan kita dalam mencintaiNYA? Apabila hati kita mencintai, kita yakin, percaya, berbesar hati dengan setiap ketentuan dariNYA. Kita berbahagia dengan setiap ujian dariNYA. Kerana kita yakin DIA juga mencintai kita seluasnya.

mencintaiNya itu iman, iman itu syahadah, iman itu percaya! Walau sebesar apa pun rintangan yang mendatang, kita merasa yakin, bersemangat, gagah, tabah! Kerana kita tahu, DIA yang kita cintai sentiasa disisi, menemani dan membimbing dalam setiap langkah, dalam setiap nafas..

Begitu indahnya cinta..kerana luasnya cinta Sang Pencipta terhadap kita.

Tapi..aku tertanya-tanya, aku ternanti-nanti, masihkah ada cinta insan seluas itu buat kita? Yang menerima kita seadanya kita, insan yang sudi menjadi kekuatan disebalik kelemahan kita, menemani disaat kita jatuh dan berdiri, disaat kita melangkah mencari redhanya. Berusahalah mencintai Pencipta sepenuh hati, sebagaimana Dia mencintai kita setulusnya, binalah cinta kita buat mereka yang kita kasihi kerana Allah.

Cinta itu ada dihati kita..cintailah mereka yang kita kasihi, berjalanlah dijalan cinta Pencipta, kerana cinta harus memilih..kerana dirimu begitu berharga!



Aisyah Humaira_

No comments:

Post a Comment