Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Ainul Mardhiah".. bidadari seindah namanya. bidadari rebutan lelaki-lelaki soleh di Syurga yang abadi. siapa Ainul Mardhiah ?
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling
cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Ainur Mardhiah bermaksud "mata yang di redhai".
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat
di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang
bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu
seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana
cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada
nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama
sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar, maka
sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia
bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah
syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah...
lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau
mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah didunia ini... lalu diberi
salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh
tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada
seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam
dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh
tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas
mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu..
kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di
dunia.... lalu wanita itu berkata ...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untuk
aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum
syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia
menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu
dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada
nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang
terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu
ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu
hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu
sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang shahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...
benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat
kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga.... :)
cerita yang memberi keinsafan, jazakallahu khairan.
ReplyDeleteinsyaAllah..syukran :)
ReplyDeleteInsyaallah
ReplyDeleteooooooooooooooo
ReplyDeletepakcik pn bleh usaha kalau nak..hehe
Delete