graphic

Wednesday 12 September 2012

malaikat MIKHAIL



Assalamualaikum W.B.T..


agak lama tak update status, hari ni saya nak ceritakan tentang makhluk Allah yang mulia,iaitu malaikat Mikail. dalam bahasa inggeris, malaikat mikhail dikenali sebagai michael.


Malaikat Mikail ditugaskan untuk memberi rezeki kepada manusia ATAS ARAHAN ALLAH..

Salah satu rahmat dan rezekinya yang terbesar adalah hujan..dari hujan inilah,rezeki kita ada,terasilnya buah buahan,hidupnya haiwan dan semua sekali.

Kalau kamu semua ingat hujan ni turun sebab pak pandir buang air dari atas langit..itu semua pembohongan yang saya memang hidup hidup percaya masa kecik dulu..Pandai sungguh diorang2 tipu..urrmm..(kalau guruh tu katanya pak pandir dan mak andir gaduh)ehe. besela.. time kecik2 dulu hobi sy mmg berkhayal..duk la bayangkan pak pandir duk buang air.. isk3

Dan untuk pengetahuan semua,malaikat Mikail tidak pernah KETAWA semenjak NERAKA diciptakan..

Dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail: "Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?" Malaikat Jibrail menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Malaikat pun,yang patuh pada Allah 100% takut neraka..habis kita??

Baik,di sini jelas,rezeki kita bukan di tangan manusia,Tapi semuanya atas Allah.
Ada dalam kalangan kita,rela bekerja hingga tinggalkan solat..

study, assigment, sampai dah xsempat2 nak solat, nak mengaji..maklumla.. assigment banyak, takut xsempat submit, kan xpasal2 sangkut.. asik duk ingat komitment sbg student, komitment sbg khalifah ALLAH mcm mane ea? emm..tu belum kira yg asik duk addicted dgn game lg.. ngee

Berniaga sampai lupa untuk berjemaah..

Mencari wang sehingga lupa untuk mengumpul pahala..

KOrang perasan tak,ada manusia tu,kerja 20jam sehari,tetapi hidupnya miskin dan tetap miskin..kerana apa? dah cakap dah,REZEKI DI TANGAN ALLAH ...

Kalau kalian tengok orang tu gaji RM50 ribu sebulan,itu tidak bermakna rezekinya besar,kerna rezeki itu dikira melalui apa yang masuk dalam perut kita..
Apa yang kita makan..

Ada orang gaji besar,tapi tiap2 hari boleh makan biskut je..Apa guna?
Tetapi..jangan pula fikir,bila rezeki di tangan Allah,kalian tak bekerja..nak makan kena kerja laaa....pekerjaan itu sebagai alat untuk mendapatkan rezeki..

Dan ingatlah...anda perlu berhati hati dalam mencari rezeki..pepatah melayu "rezeki jangan ditolak" wajib anda semua buang jauh jauh....habis kalau rezeki HARAM tak nak tolak juga??

Itu pepatah melayu je kan...kita berpeganglah pada quran dan hadis... :) 

dan jangan lupa untuk berkongsi rezeki dengan yang tidak bernasib baik..insyAllah,dengan berkongsi rezeki,anda tidak akan jatuh miskin..

Dan gunakan sedikit untuk sedekah ke jalan Allah kerna itu sebagai tiket untuk ke syurga :)

sekian..


+ jaga hati hiasi peribadi, bimbing jiwa dekati Rabbi ~

3 comments: